Kerjaya

#Bajet2020: Surirumah Yang Kembali Bekerja Akan Terima RM500 Sebulan Selama 2 Tahun

30.5K
SHARES

Satu lagi khabar gembira dalam #Belanjawan2020 buat kaum wanita, terutamanya yang bergelar surirumah.

Di bawah inisiatif #WanitaKerja, kerajaan telah mengumumkan bahawa para wanita yang kembali bekerja bakal menerima insentif RM500 sebulan selama 2 tahun! Wah, menarik kan?

Syarat-syarat

Insentif ini khas bagi wanita yang mempunyai kriteria berikut

  • Berusia antara 30 hingga 50 tahun
  • Telah berhenti kerja selama setahun atau lebih

Inisiatif #WanitaKerja diwujudkan bagi menggalakkan kaum wanita untuk kembali ke sektor pekerjaan.

#WanitaKerja : 5 Lagi Perkara Menarik

1. Sebanyak lebih 33,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan setahun.

2. Insentif pengambilan pekerja akan diberikan kepada majikan sebanyak RM300 sebulan selama 2 tahun untuk mengambil wanita kembali bekerja.

3. Selain itu, pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023.

4. Peruntukan bagi wanita menceburi bidang usahawan dengan pembiayaan sehingga RM 1 Juta.

5. Skim Jaminan Pinjaman Perniagaan sebanyak RM500 Juta juga diperuntukkan bagi usahawan wanita.

Bolehlah Apply Kerja Tahun Depan

Lepas ni mana surirumah yang berhasrat nak sambung kerja bolehlah update resume siap-siap.

Bukan senang kan wanita yang dah berhenti kerja nak diterima oleh majikan. Siapa yang melaluinya mesti tahu betapa strugglenya nak cari kerja bila dah lama berhenti.

Diharapkan dengan usaha dan inisiatif kerajaan ini, lebih ramai kaum wanita dapat kembali bekerja dan merancakkan lagi ekonomi negara di samping meningkatkan pendapatan keluarga.

Jadi, apa kata anda?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×