40 Minggu

Guna Ubat Jerawat ‘Terlarang’ Sebelum Hamil, Bayi Lahir Cacat Telinga

1.2K
SHARES

Bahaya membeli produk kecantikan atau ubat terlarang secara online sering dianggap remeh. Siapa sangka, walaupun telah berhenti menggunakannya sebulan sebelum hamil, kesannya tetap ada. Lebih menyedihkan, kesannya diterima oleh bayi yang dikandungkan sehingga cacat bahagian telinga.

Menurut Public Health Malaysia, seorang bayi yang baru dilahirkan telah dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.

Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan tidak mempunyai lubang telinga.

Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil.

Acnotin Sering Digunakan Sebagai Ubat Jerawat

Acnotin atau produk Isotretinioin ini merupakan salah satu ubat anti jerawat yang sering digunakan. Walaupun ia berkesan mencegah dan menghapuskan jerawat, penggunaannya tanpa prekripsi dan pemerhatian doktor adalah merbahaya disebabkan risiko teratogenik, iaitu kecacatan bayi.

Kecacatan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.

Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;

  •  Tulang dan struktur wajah
  •  Sumbing
  •  Masalah sistem saraf
Merangsang IQ bayi dalam kandungan

Foto Kredit: thetimes.co.uk

Fakta Tentang Acnotin

  • Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
  • Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar
  • Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
  • Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.

50 Laman Web & Media Sosial Yang Menjualnya Telah Dikenakan Tindakan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial seperti Facebook atau melalui platform e-dagang seperti yang dilaporkan dalam media massa.

Bermula 2017 hingga November 2018, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Facebook, Google, pembekal domain dan web hoster.

KKM, turut menjalankan Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat secara dalam talian bertujuan untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang bahayanya pembelian ubat melalui cara tersebut.

Foto Kredit: Public Health Malaysia

Jangan Mudah Terpengaruh, Pengguna Kena Lebih ‘Alert’!

Jadi sebagai pengguna, terutamanya ibu hamil perlulah lebih berhati-hati sebelum menggunakan sebarang produk. Pastikan baca labelnya dan seeloknya elakkan membeli produk secara online.

Sebarang pertanyaan dan aduan tentang produk, rujuk laman web atau talian berikut:

  • Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my
  • Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200
  • Semak status produk di http://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

 

*Sumber : Public Health Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×