Asuh

5 Bahaya Tersembunyi ‘Baby Neck Float’ Yang Ibu Bapa Patut Tahu

1K
SHARES

“Nampak seronok pula tengok si kecil berenang di spa bayi. Mesti dia seronok kan…?”

Sekarang ini memang menjadi trend untuk si kecil bersantai di spa bayi. Selalunya akan ada sesi berenang di mana bayi akan dipakaikan dengan neck ring atau neck float yang membantunya terapung dalam air.

Walaupun alatan ini telah digunakan dengan agak meluas, baru-baru terdapat sebuah laporan yang menyatakan sebaliknya. Swimming Teachers’ Association (STA) dan Birthlight, sebuah organisasi yang terlibat secara langsung dalam proses mengajar bayi berenang berpendapat bahawa terdapat risiko penggunaan alatan tersebut yang perlu diketahui oleh masyarakat, terutamanya ibu bapa.

5 Risiko Penggunaan ‘Baby Neck Float’ Yang Anda Patut Tahu

Berikut adalah risiko penggunaan neck float di spa bayi yang dibincangkan dalam laporan tersebut.

1. Aktiviti Terasing Tidak Sesuai Dengan Keperluan Bayi

Kaylë Burgham, Pengurus Swimming Teachers’ Association (STA) menjelaskan bahawa tindakan mengasingkan bayi di dalam sebuah kolam boleh memberi ketenangan dan menghindarkan stres bagi orang dewasa. Tetapi ini bukanlah apa yang diperlukan oleh bayi secara fizikal mahupun emosi.

Sebaliknya, beliau percaya bahawa perkara utama dalam mengajarkan bayi berenang adalah hubungan antara bayi dengan ibu bapa atau tenaga pengajarDengan adanya human contact inibarulah bayi dapat menikmati dan meneroka persekitaran dalam air dengan rasa selamat, relaks, dan menyeronokkan.

spa bayi

Foto Kredit: momtricks.com

2. Menghalang Kawalan Kepala Bayi

Francoise Freedman, founder organisasi Birthlight pula berkata bahawa penggunaan neck ring ini secara kerap boleh menghalang pergerakan bayi semasa di dalam air.

Ini kerana, semasa menggunakan neck ring, kemampuan bayi untuk mengawal pergerakan kepala adalah terhad. Oleh kerana perkembangan bayi akan bermula pada bahagian kepala dan ke bawah (cephalo-caudal), dikhuatiri pergerakan utama bayi ini sedikit sebanyak akan terhalang.

neck-float

Foto Kredit: ebay.com

3. Menjadikan Bayi Pasif Di Dalam Air

Dalam laporan tersebut, Freedman juga menyatakan kegusaran beliau apabila bayi berusia seawal 3 tahun dibiasakan dengan neck ring. Menurut beliau, penggunaannya secara berlebihan mungkin menjejaskan refleks kepala bayi dan saraf yang berkenaan, lalu memperlahankan kemahuan semulajadinya untuk belajar duduk tegak.

proses bayi merangkak

Foto Kredit: creepercrawlers.com

4. Kurang Peluang Untuk Bayi Meneroka

Selain itu, neck ring atau neck float mewujudkan ruang vakum yang menyebabkan bayi hilang kemampuan untuk berkomunikasi dengan sesiapa atau apa-apa. Hal ini menjadikan bayi pasif, di mana sepatutnya, bayi diberi peluang untuk meneroka dan melakukan aktiviti fizikal semasa di dalam air.

Tambah beliau lagi, keunikan aktiviti air juga seharusnya dimaksimakan dengan penglibatan ibu bapa, pergerakan fizikal yang dinamik, serta latihan sensori yang unik.

spa bayi

Foto Kredit: today.com

5. Kesan Kepada Leher Dan Vertebra Bayi

Apabila bayi menggunakan alatan ini juga, kepala mereka akan disokong oleh struktur separa kaku yang diperbuat daripada getah.

Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai bayi berusia 5 bulan ke bawah terutamanya, perlu lebih berhati-hati kerana terdapat tekanan pada bahagian vertebra dan leher bayi yang masih lembut. Otot dan ligamen pada bahagian tersebut juga mungkin boleh tercedera jika dipakaikan neck float secara berlebihan.

Foto Kredit: aliexpress.com

Foto Kredit: aliexpress.com

Aktiviti Air Sepatutnya Menjadikan Bayi Aktif

Apabila bayi tidak tidur, secara semulajadinya bayi suka melakukan pelbagai aktiviti. Dalam tahun pertama inilah bayi mempelajari banyak skil seperti keseimbangan badan, berguling, duduk, merangkak, dan berjalan,

Aktiviti air mampu memberi peluang kepada bayi untuk meneroka lagi pergerakan, perkembangan motor, sensori, dan emosi mereka. Oleh itu, sekiranya penggunaan baby neck ring menidakkan semua perkara ini, mungkin ibu bapa patut memikirkan semula keberkesanannya untuk bayi anda.

 

*Sumber: Birthlight dan Swimming Teachers’s Association

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×