Famili

Doktor Jelas Bahaya Kahwin Dengan Sepupu Sendiri, Boleh Ada Gangguan Genetik!

1
SHARES
BAHAYA KAHWIN SEPUPU SENDIRI

Dr Ahmad Samhan di laman media sosialnya menjelaskan bahawa bahaya kahwin sepupu sendiri walaupun perbuatan itu harus di sisi agama.

Jelasnya, peningkatan penyakit turun temurun boleh berlaku jika seseorang itu kahwin dengan sepupu sendiri kerana berkongsi genetik.

Baca juga: Bagi Anak Minum Air Bacaan Doa Ini Supaya Terang Hati Dan Kekal Cerdas

DOKTOR JELAS SEBAB BAHAYA KAHWIN SEPUPU SENDIRI

BAHAYA KAHWIN SEPUPU SENDIRI

Sebagai seorang doktor, saya tak galakkan untuk anda berkahwin dengan sepupu sendiri. Dari sudut agama, perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak kerana sepupu tidak termasuk dalam kalangan mahram.

Tetapi, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

Jadi, kenapa saya tidak menggalakkan perkahwinan dengan sepupu sendiri? Hal ini kerana kita dan sepupu berkongsi genetik yang sangat dekat.

Lebih rapat pertalian, lagi tinggi persamaan genetik. Besar kemungkinan untuk mendapat penyakit keturunan genetik kerana persamaan genetik ada sebanyak 12.5%.

Jika terdapat sejarah penyakit turun temurun dalam keluarga, perkahwinan sepupu boleh meningkatkan risiko untuk mewarisi dan menyebarkan penyakit tersebut.

Mengikut kajian, kanak-kanak daripada perkahwinan sepupu pertama mempunyai risiko 4-6% untuk gangguan genetik resesif autosomal. Contoh penyakit genetik resesif autosomal adalah talasemia, cystic fibrosis, dan spinal muscular atrophy.

Kanak-kanak daripada sepupu yang lebih jauh, mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami gangguan ini, walaupun masih lebih tinggi daripada purata populasi.

Dr Ahamad Samhan mengalakkan orang ramai agar tidak berkahwin dengan mereka yang ada pertalian keluarga untuk mengelakkan sebarang risiko.

Baca juga: Tak Sangka! Sikap Ibu Garang Tak Kena Tempat Jadi Punca Anak Degil & Kurang Ajar

Sumber: X Doktor Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×