Dapur

9 Jenis Bahagian Daging Lembu Yang Dijual Di Pasar. Mana Paling Sedap & Sihat?

735
SHARES
bahagian daging lembu

“Sirloin? Loin? Rib? Chuck? Aish, banyak betul nama bahagian daging lembu ni, sampai confused aku dibuatnya. Yang mana patut aku beli untuk buat masak kat rumah?”

Berbanding orang di luar negara yang biasa makan steak, kita di Malaysia biasanya menggunakan hidangan daging dalam lauk pauk seperti rendang, kari, sup dan sebagainya.

Semua bahagian lembu tu nampak sama je bila dah dimasak dalam lauk tu kan?

Jadi kalau kita tak biasa masak daging di rumah, mungkin kita akan keliru bila tengok label pada daging lembu yang dijual di pasar raya.

Sebenarnya ada pelbagai istilah yang digunakan dalam bahagian daging lembu di Malaysia.

Namun secara asasnya ada 9 bahagian potongan asas (primal cut) yang boleh kita ketahui dengan mudah.

Kedudukan daging pada badan lembu menentukan kegunaannya yang lebih sesuai untuk sesetengah jenis masakan.

9 Jenis Bahagian Daging Lembu Yang Dijual Di Pasar. Mana Paling Sedap & Sihat?

Berikut di senaraikan bahagian daging lembu dan keistimewaannya.

1. Tulang rusuk (Ribs)

Rib merupakan bahagian tulang rusuk lembu.

Bahagian rib eye steak adalah antara potongan premium yang paling digemari oleh peminat steak kerana bahagian ini sangat beraroma. Selalunya, daging dibahagian tulang agak manis dan mempunyai rasa yang unik.

Memandangkan daging lembu bahagian ini banyak terlekat pada tulang, maka bahagian tulang rusuk ini juga sangat sesuai dijadikan sup tulang atau sup daging.

bahagian daging lembu

2. Daging bahu (Chuck)

Bahagian chuck adalah bahagian bahu lembu.

Bahagian ini mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian rusuk (rib), short loin atau sirloin.

Oleh itu ia lebih sesuai untuk masakan ‘slow cooking’ seperti stew, gulai dan kari yang memerlukan masa yang lebih lama untuk lembut sepenuhnya.

Ia juga sesuai dipanggang di dalam ketuhar (broiled) atau dipanggang terus di atas api (grilled).

bahagian daging lembu

3. Daging Batang Pinang (Short Loin / Tenderloin)

Bahagian daging lembu yang dikenali sebagai lulur pendek (short loin) ini terletak di bahagian belakang lembu di tengahnya.

Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu tenderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’.

Daging batang pinang sering menjadi pilihan kerana ia mempunyai tekstur daging yang lembut, tiada lapisan lemak dan sesuai dengan kebanyakan jenis masakan.

Potongan stik popular yang terdapat pada bahagian tenderloin ialah filet mignon dan chateaubriand.

rendang tahan lama

Foto Kredit: rendang tok

4. Daging ‘Harimau Menangis’ (Sirloin)

Berdekatan dengan daging batang pinang terdapat satu lagi bahagian iaitu sirloin yang terletak di antara bahagian pinggang lembu.

Bahagian daging ini boleh dikatakan sebagai yang paling lembut dan ia turut dikenali sebagai ‘daging harimau menangis’.

Harganya dinilai dengan tinggi kerana ia agak terhad dan sentiasa mendapat permintaan ramai.

Bahagian daging lembu ini amat popular di Malaysia untuk dijadikan daging bakar cicah air asam.

Fuh, memang sedap!

resepi daging bakar

5. Daging Lambung (Flank)

Daging lambung (flank) terletak di bawah pinggang dan sirloin.

Kedudukan daging ini adalah di sekitar kawasan perut.

Ia membantu lembu berpusing dan berjalan oleh yang demikian otot berfungsi dengan banyak.

Ini menjadikannya daging yang pejal dan kurang lemak serta setanding potongan premium yang lain.

6. Dada (Brisket)

Brisket adalah potongan daging dari dada atau bahagian bawah dada lembu.

Oleh kerana lembu tidak mempunyai tulang kerah (collar bone), otot-otot ini menyokong sekitar 60% berat badan lembu yang sedang berdiri atau bergerak.

Ini membuat daging bahagian ini agak pejal dan liat.

Maka, ia lebih sesuai untuk jenis masakan yang mengambil masa lama atau merebus.

petua melembutkan daging

Foto Kredit: galantime.com

7. Daging Punggung (Round)

Daging bahagian paha ini agak liat kerana banyak digunakan dalam pegerakkan lembu.

Ianya juga terdapat banyak ligamen dan dagingnya kurang berlemak.

Antara potongan yang digunakan untuk steak adalah Top Round Steak, Bottom Round Roast, Rump Roast, London Broil dan Eye of Round Steak.

8. Plate

Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah bahagian perut lembu.

Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain.

Oleh itu ia sesuai untuk masakan yang mengambil masa agak lama seperti masak stew dan rendang.

9. Betis (Shank)

Bahagian daging lembu ini merupakan daging bahagian kaki / betis.

Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat.

Ia juga sesuai untuk masakan yang mengambil masa yang lama atau merebus.

Bahagian Daging Lembu Yang Paling Sihat & Sedap

Bahagian daging lembu yang paling sedap tentunya adalah subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing.

Namun, bahagian yang selalunya menjadi pilihan adalah ‘daging batang pinang’ dan ‘daging harimau menangis’. Tulang rusuk juga amat popular bagi penggemar sup tulang dan steak.

Bahagian daging lembu

Perlu diingat, bahagian daging lembu yang mengandungi kadar LEMAK yang paling TINGGI ialah ekor (71g) dan tulang rusuk (42g).

Lemak penting untuk kenikmatan dan kepuasan semasa makan. Jadi tak hairanlah ramai betul yang sukakan sup ekor dan sup tulang kan?

Manakala bahagian daging lembu yang mengandungi kadar PROTEIN yang paling TINGGI ialah betis (34g).

Menurut KKM, kadar protein yang tinggi menjadi penyumbang kepada rasa cepat kenyang.

Apapun pilihan anda, nikmatilah dan bersederhanalah semasa memakan daging ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×