Advertorial

Kami Terkejut Dengar Harapan 12 Rakyat Malaysia Ni Terhadap Negara Kita. Cuba Anda Baca

3.8K
SHARES

Makin kita meningkat dewasa dan meniti saban tahun, banyak perubahan terjadi di sekeliling kita. Ini termasuklah pembangunan, persekitaran, pendidikan dan banyak lagi yang memberi kesan dalam kehidupan. Anak-anak yang diumpamakan sebagai kain putih pula kita corakkan supaya menjadi pemimpin dan pemangkin negara kelak…

Sebagai ibu bapa, apa harapan anda untuk Malaysia? Apa yang anda inginkan? Jom kita dengarkan harapan mereka semua ini. Mana tau sama dengan anda? Atau anda ada harapan tersendiri? Jom share di ruangan komen selepas selesai membaca ya!

1. Harap negara makmur, aman

“Saya cuma mengharapkan kemakmuran & keamanan negara. Selain itu, menjadi impian agar isu berkaitan kos sara hidup yang semakin tinggi dapat ditangani secara berhemah.

“Untuk masa hadapan pula, saya mengharapkan satu sistem pendidikan yang mampan ke arah menyediakan peluang dan skil yang diperlukan untuk pekerjaan masa depan,” Emy Amiza, Suri Rumah

2. Mahu pemantapan pendidikan

“Mengesyorkan agar anak-anak sejak di “play school” diberi didikan dan bimbingan nilai-nilai kemanusiaan bukan terlalu fokus kepada pelajaran semata-mata. Warga yang bijak bukan hanya pada pelajaran namun beradab, sopan dan menghormati sesama manusia, alam sekeliling dan harta awam.

“Ini dapat membantu rakyat Malaysia lebih berhemah ketika berhadapan dengan situasi penggunaan harta benda awam khususnya,” Zalea Yusoff, Perunding

3. Henti buang sampah merata

“Saya berharap semua orang dah stop buang sampah tepi jalan. Small but it does make a difference towards our earth,” Azyan Shorlokman, Pelajar

4. Henti sebar berita palsu

“Malaysia boleh lakukannya. Kita mempunyai penjagaan kesihatan menyeluruh percuma yang terbaik; pendidikan yang berpatutan – cuma beringat untuk menyelesaikan hutang dan kita tidak ada peperangan, kemusnahan alam semula jadi dan lain-lain lagi. Jom doakan kesejahteraan rakyat dan teruskan memperbaiki kehidupan.

“Kita mempunyai ramai orang yang berpotensi untuk membuat perkara baik. Tetapi jika kita terus menyebarkan khabar angin dan berita palsu tanpa menyemak terlebih dahulu, kita akan diakhiri seperti mana anda tahu. Bersatu-padu, bermurah hati, bertimbang rasa dan berikan anak muda peluang untuk mencuba,” Retna Vijayan, Pegawai Perhubungan Awam

5. Hasil teknologi yang mampu bersaing dengan negara luar

“Memantapkan pendidikan dari segi kemahiran dan teknikal contoh IKBN, IKM, Kolej Teknik, Politeknik etc… Supaya dapat menghasilkan teknologi yang mampu bersaing dengan negara luar,” Nur Madihah Zulkifli, Pelajar

6. Mahu pemimpin atasan yang adil

“Untuk melihat negara kita ke depan, sebagai rakyat, kita semua kena berfikiran rasional menerima setiap perubahan terutama dari segi ekonomi. Mungkin soal ekonomi ialah sesuatu perkara yang sangat sensitif untuk semua manusia terutama kita yang mempunyai kehidupan sangat sederhana. Dan mempunyai pemimpin negara yang boleh mengawasi ekonomi untuk rakyat dalam keadaan terbaik.

“Selain itu, negara kita juga memerlukan pemimpin atasan yang adil, tegas, saksama, jujur & amanah untuk orang bawahannya sehinggalah sampai ke rakyat jelata. Semoga keadaan negara akan datang boleh memberi kehidupan terbaik untuk pewaris yang akan kita tinggalkan nanti. Saya anak Malaysia.” Wan Nur Farhana Wan Mohd Naser, Suri Rumah

7. Konsep pendidikan lebih holistik

“Saya harapkan education concept di Malaysia lebih holistic. Let the student look, touch & feel. Let them experience nature, tekankan adab dan budi bahasa. Supaya melahirkan bukan je pelajar yang bijak tapi ada adab dan empathy towards other people.” Izatulkhursiah Ismail, Eksekutif Pemasaran & Komunikasi

8. Tekankan nilai murni dan ketamadunan

“Diharapkan sistem pendidikan diubah agar lebih memberi penekanan kepada nilai murni dan ketamadunan. Tak mati lah kalau tak belajar sains masa darjah satu,” Sharkawi Salehuddin, Pegawai Perhubungan Awam

9. Hentikan rasuah

“Saya berharap amalan rasuah korupsi, cukai & GST yang membebani rakyat selama ini serta tol-tol yang ingin di mansuhkan oleh kerajaan dapat di laksanakan menjelang masa hadapan,” Farid Hamimi, Pelajar

10. Supaya Malaysia jadi negara kelas dunia

“Harapan saya Malaysia berubah pesat dari negara membangun kepada negara maju menjelang masa depan… Menjadi negara kelas dunia dari segi kepimpinan, insfrastruktur dari minda rakyatnya,” Hatina Shuib, Wartawan

11. Naikkan kadar penetapan gaji seiring arus permodenan

“Harapan saya Malaysia pada tahun akan datang supaya dapat mengurangkan kos sara hidup yang kian meningkat dengan mencari mekanisme baru untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Selain itu, harap kerajaan dapat menaikkan kadar penetapan gaji seiring arus permodenan.

“Diharap Malaysia di masa akan datang akan lebih maju dan berdaya saing dengan negara Asia yang lain,” Zuhairy Johari, Pelajar

12. Lebih bertolak ansur, saling hormat menghormati

“Harap rakyat di negara ini lebih bertolak ansur, saling hormat menghormati dan berpegang pada Perlembagaan Negara. Menerusi jati diri negara yang kukuh baru dapat melahirkan masyarakat cemerlang, ekonomi seimbang dan berkembang dan perpaduan dalam erti kata yang sebenar,” Nurhayati Abdllah, Wartawan

Apa pun harapan anda, yang penting Pilihan Raya akan datang ni kena turun mengundi!

Buat pilihan yang bijak untuk masa depan Malaysia. Sebab tu, undi anda sangat bermakna! Jom kita ramai-ramai turun mengundi untuk menjamin masa depan cerah untuk Malaysia pada masa akan datang! Tanpa undi anda, hilang satu suara untuk Malaysia!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×