Famili

Ayah Kecewa Tubuh Anak Penuh Luka & Ada 8 Kesan Gigitan Lepas Pulang Pusat Asuhan

24
SHARES

Seperti mana kita tahu, kes kecederaan dan penderaan sering kali berlaku di taska atau pusat jagaan. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih risau dan sedih untuk menghantar mereka ke pusat jagaan.

Begitulah yang dirasakan oleh seorang bapa dan meluah rasa kecewa di laman Facebooknya apabila anak yang ditinggalkan di pusat jagaan pulang dengan kecederaan di anggota badan.

Baca juga: [VIDEO] Anak Demam On Off Selama 2 Bulan, Rupanya Dijangkiti Virus RSV

AYAH KECEWAN TUBUH ANAK PENUH LUKA & ADA 8 KESAN GIGITAN

Menerusi luahan hati yang dimuat naik oleh Bakti Zakaria, dia meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap pusat jagaan anaknya kerana tubuh si kecil itu dipenuhi dengan kesan kecederaan.

Anak baru 10 bulan, Staff ada 3 orang termasuk pengurus tapi pengurus jarang ada. Budak ada dekat 20 orang. Bila tanya masa nak masuk taska tu kemain cakap 1 cikgu 3 baby je dia jaga.

Dah lah waktu kecederaan tak beritahu. Boleh tahu pun waktu balik. Kalau ambil anak lambat hari itu tentu anak kena tahan sakit lagi lama. Tak bertanggungjawab langsung.

Jelasnya lagi, terdapat juga kesan gigitan di bahagian pipi dan tangan kanak-kanak berusia 10 bulan itu selain kesan jatuh.

8 kesan gigitan. Di pipi kanan kesan macam jatuh, pipi kiri kesan kena gigit. Telinga tak pasti kena gigit atau kena benda lain tapi berdarah. Di belakang telinga bahagian kepala ada kesan gigit juga. Tangan kanan 4 kesan gigit, tangan kiri 1 kesan gigit.

Lebih mengecewakan, si bapa tidak dapat melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak taska kerana bil internet sudah tidak dibayar selama dua bulan.

Lepas tu bila berlaku kecederaan pada budak, nak tengok CCTV kata tak bayar internet dah 2 bulan. Ni bukan jaga dengan baik. Ni biarkan seperti haiwan yang duduk dalam sangkar lepas je nak jadi apa. Ini nyawa manusia jangan rasa taska YB boleh buat apa sahaja.

Kejadian tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis dan sedang menunggu keputusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Posting tersebut sudah tentunya mendapat perhatian netizen yang turut tidak berpuas hati dengan apa kejadian malang itu.

Sumber: Facebook Bakti Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×