Famili

[VIDEO] Anak Demam On Off Selama 2 Bulan, Rupanya Dijangkiti Virus RSV

27
SHARES

Jangkitan respiratory syncytial virus atau jangkitan RSV merupakan virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan. Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak dibawah usia 2 tahun dan jangkitan RSV ini juga berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.

Walaupun simptom jangkitan virus ini hampir sama dengan selesema dan demam biasa namun ibu bapa tetap risau melihat keadaan anak. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman TikTok dan memberi peringatakan buat ibu bapa di luar sana sentiasa memantau kesihatan anak.

Baca juga: Kanak-Kanak Lelaki Patah 100 Tulang, Derita Penyakit Tulang Rapuh

ANAK DEMAM ON OFF 2 BULAN, RUPANYA DIJANGKITI VIRUS RSV

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh @ayishwafiy, anak perempuannya bernama Yaya kerap mengalami demam on off selama dua bulan dan pihak klinik meminta agar membuat rujukan pakar di hospital.

Setelah menjalani pemeriksaan, kanak-kanak itu didapati mengalami jangkitan virus RSV dan sedang aktif menyerang dan menjangkiti Yaya.

Antara simptom yang dialami oleh Yaya ialah demam panas on off selama dua bulan, susah bernafas, batuk berkahak, muntah, tak aktif dan hilang selera makan minum.

Tambahnya lagi, ibu bapa di luar sana diharapkan sentiasa memantau kesihatan anak dan jangan berlengah untuk mendapatkan rawatan sekiranya kesihatan anak dalam keadaan yang membimbangkan.

“ALAHAI, KESIANNYA…”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar keadaan Yaya kembali sihat seperti sedia kala. Ada juga yang turut risau dengan keadaan anak mereka yang sedang demam dan risau dengan jangkitan virus tersebut.

Sumber: TikTok AyishWafiy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×