Famili

Kanak-Kanak Lelaki Patah 100 Tulang, Derita Penyakit Tulang Rapuh

36
SHARES

Seorang budak lelaki menerima gelaran ‘tulang kaca’ oleh penduduk setempat. Ini kerana dia dilaporkan telah mengalami insiden patah sebanyak 100 tulang disepanjang hidupnya.

Kes ini dipercayai yang paling teruk berlaku sehingga dengan satu sentuhan sahaja boleh menyebabkan salah satu tulangnya patah. Rohit merupakan anak ketiga dan bongsu dari tiga orang adik beradik dan dia tidak dapat bermain bersama kanak-kanak yang lain

Baca juga: Kakitangan Perubatan Cuai, Kepala Bayi Dipenggal & Ditinggalkan Dalam Rahim Ibu

KANAK-KANAK LELAKI PATAH 100 TULANG, DERITA PENYAKIT TULANG

Menerusi laporan Daily Mail, Rohit berusia 12 tahun berasal dari Uttar Pradesh, India menghidap penyakit osteoporosis atau lebih dikenali sebagai ‘tulang rapuh’. Rohit hanya seberat 15 kilogram (kg) dan berketinggian 17 inci di usia 12 tahun.

“Ketika bangun pada waktu pagi, dia tidak dapat menyelesaikan banyak perkara dengan sendiri tanpa bantuan. Oleh itu, Rohit bergantung harap kepada ibunya.

“Rohit dapat melakukan hal-hal kecil seperti memberus gigi tanpa bantuan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dirinya walaupun teruk.

“Dia telah patah hampir 100 tulang sepanjang hayatnya dengan purata sekitar lapan tulang patah dalam masa setahun,” lapor Daily Mail.

Lebih memilukan, Rohit tidak dapat ke sekolah kerana keadaan dirinya yang tidak diterima oleh pelajar lain. Jadi, dia terpaksa berdikari dengan belajar membaca dari kakaknya, dalam keadaan dia perlu menanggung kesakitan sepanjang hari.

Rohit bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi apabila dewasa dan tidak akan membuatkan penyakitnya itu sebagai penghalang.

Seseorang pesakit boleh menjalani rawatan untuk melindungi dan menguatkan tulang mereka namun tiada ubat untuk penyakit itu.

Rawatan terbaru masih lagi dalam kajian, bagaimanapun rawatan tersebut mungkin tidak akan tersedia di negara-negara sedang membangun.

Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×