Famili

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Kini Dengan Ciri Lebih Hebat, Setanding Peringkat Global!

21
SHARES
APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA

Aplikasi Waktu Solat Malaysia (WSM) yang menjadi pilihan ramai kini mengumumkan pelancaran versi dikemas-kini dan diiringi dengan debut global ‘The Muslim App”. Anda boleh memuat turun aplikasi tersebut menerusi App Store dan Google Play Store sejak 28 Januari 2024.

APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA KINI DENGAN CIRI LEBIH HEBAT

APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA

Pembaharuan aplikasi WSM menawarkan pelbagai fungsi yang lebih canggih dan efisien seperti penyusunan waktu solat harian dan aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan.

‘The Muslim App’ mampu menghubungan umat Islam di seluruh dunia dengan waktu solat dan arah kiblat yang tepat. Pengembangan global ini menggariskan dedikasi WSM untuk berkhidmat kepada komuniti Muslim global, merentasi sempadan geografi.

Mohamed Aafrin, Pengurus Besar Teknologi & Inovasi di REV Media Group, menyatakan mereka sangat terujua dengan pembaharuan ini.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Waktu Solat Malaysia yang telah diperbaharui dan ‘The Muslim App’. Misi kami adalah untuk menyediakan alat digital yang komprehensif untuk umat Islam di seluruh dunia, menyokong perjalanan rohani anda di mana sahaja anda berada”.

Selain ciri seperti di atas, aplikasi ini turut menawarkan sumber untuk bacaan al-Quran. Ia memudahkan pertumbuhan rohani dan pembelajaran pengguna, terutamanya sebagai persediaan ketika Ramadan.

Dengan jumlah muat turun tertinggi di kalangan aplikasi solat Islam di Malaysia, WSM kekal sebagai pilihan utama bagi jutaan orang. Jangan lepaskan pengalaman transformasi ini.

Sedia untuk meningkatkan pengalaman rohani anda? Jangan lepaskan peluang! Muat turun aplikasi WSM hari ini – secara percuma! Mari membuat setiap saat berharga, bermula dengan Ramadan ini dan seterusnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×