Tak kiralah sama ada kita bertugas sebagai frontliner atau duduk di rumah, seluruh rakyat Malaysia memainkan peranan tersendiri dalam memastikan kita mampu memutuskan rantaian wabak.
Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia dengan kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membangunkan sebuah aplikasi yang amat berguna untuk kita install di telefon bimbit masing-masing.
Apakah Aplikasi MySejahtera?
MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Pada masa yang sama, ia membantu KKM mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
Sekarang ni pun, banyak premis dah menggunakan apps Mysejahtera untuk daftarkan orang awam di pintu masuk.
Berikut adalah 5 sebab kenapa kita sebagai rakyat Malaysia perlu install aplikasi MySejahtera ini di telefon bimbit masing-masing.
Aplikasi MySejahtera membolehkan rakyat Malaysia:1. Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19.2. Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.3. Melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa.4. Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.5. Mengetahui dan mencari 'Hot Spot' COVID-19 di sekitar mereka.Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play, App Store, dan AppGallery.Jika anda perlukan sebarang bantuan teknikal, anda boleh menghantar email ke 80008000@1govuc.gov.my
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, April 20, 2020
5 Sebab Kita Kena Download Aplikasi MySejahtera KKM
Penggunaan Aplikasi MySejahtera dapat membantu rakyat Malaysia mengekang wabak ini dengan lebih efektif.
Berikut adalah 5 sebab kenapa kita perlu install aplikasi MySejahtera ini:
- Mengetahui risiko mereka terhadap COVID-19 dengan melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan isi rumah dari semasa ke semasa
- Mendapatkan panduan mengenai tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya diklasifikasikan sebagai individu berisiko jangkitan COVID-19.
- Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID-19.
- Memperolehi maklumat terkini dan sahih tentang COVID-19 di Malaysia dan seluruh dunia.
- Mengetahui dan mencari ‘Hot Spot’ COVID-19 di sekitar mereka.
Di Mana Boleh Download Aplikasi MySejahtera KKM?
Aplikasi MySejahtera KKM ini boleh dimuat turun di Google Play, App Store, dan AppGallery.
Tekan pautan ini untuk capaian terus :
- Download Apps MySejahtera di Google PlayStore : https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera&hl=en
- Download Apps MySejahtera di Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630
- Galeri Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) : http://gamma.malaysia.gov.my/#/home
- Huawei App Gallery : https://consumer.huawei.com/my/mobileservices/appgallery/
Cara Daftar Apps MySejahtera Di Telefon Bimbit
Untuk mendaftar, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Pilih mana-mana Apps Store atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
Langkah 3: Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
Langkah 4: Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
Langkah 5: Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
Langkah 7: Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk
Maklumat Lanjut
Buat makluman semua, aplikasi ini dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan diuruskan oleh KKM sebagai pentadbir aplikasi dengan dibantu oleh MKN dan MAMPU.
Oleh itu, Kerajaan menjamin bahawa maklumat peribadi anda akan digunakan bagi tujuan pemantauan dan pencegahan wabak COVID-19 sahaja. Maklumat peribadi anda TIDAK akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain dan semua maklumat pesakit COVID-19 juga adalah terpelihara di bawah kerahsiaan maklumat rekod perubatan.
Jika anda perlukan sebarang bantuan teknikal, anda boleh menghantar email ke [email protected]