Kewangan

Kalau ‘Liat’ Nak Menabung, Ini Cara Setkan Potongan Simpanan Bulanan Dari Akaun Bank Ke ASB

628
SHARES

Dalam musim yang kita kena berjimat-cermat ni, masing-masing dah tanam azam nak menyimpan duit. Tapi tak semua orang ada disiplin yang tinggi. Yelah, kadang tu susah juga nak menyimpan secara konsisten kan?

Jadi ada satu cara yang boleh kita cuba untuk pastikan kita dah setkan simpanan kita setiap bulan. Iaitu dengan melanggan Auto Labur @ myASNB untuk pelaburan konsisten secara percuma setiap bulan.

Maknanya, tiap-tiap bulan sejumlah wang akan dipindahkan dari akaun wang kita dan terus dimasukkan dalam akaun ASB kita. Jadi, tak payah nak risau kalau kita jenis asyik lupa atau ‘liat’ menyimpan.

Yang bestnya, ianya percuma dan kita tak perlu bayar caj perkhidmatan (kalau kita transfer dari bank biasanya ada caj RM1).

Lagi satu, tiada caj pembiayaan dan kita boleh tamatkan Auto Labur ni bila-bila masa je. Jadi taklah rasa terbeban kalau ada ’emergency’ dan tak boleh teruskan simpanan. Kalau rasa nak lebihkan atau kurangkan jumlah simpanan, kita pun boleh adjust amaun tu bila-bila kita rasa perlu.

Yang penting, kita dapat mendisiplinkan diri untuk melabur dan membina kewangan yang kukuh.

Jom kita tengok cara setkan Auto Labur ni melalui MyASNB secara online.

Cara Setkan Potongan Simpanan Bulanan Dari Akaun Bank Ke ASB Melalui Auto Labur ASB

1. Login myASNB

Macam biasa, mula-mula login portal MyASNB.

Bila keluar paparan macam di bawah ni, klik menu Auto Labur.

2. Klik ‘Pendaftaran’

Kemudian klik ‘Pendaftaran’ untuk langkah seterusnya.

3. Isikan Maklumat Pelaburan Bulanan Yang Ingin Dibuat Melalui ‘Potongan Terus’

Setkan berapa nilai pelaburan (jumlah yang ingin dipotong terus melalui akaun bank) setiap bulan.

  • Jenis Unit Amanah
  • Jumlah potongan (minima RM30 sebulan)
  • Tarikh pemotongan setiap bulan
  • Nama Bank

 

4. Tandakan ‘Tick’ Pada Terma & Syarat

Bila dah set semua, semak dan tandakan ‘tick’ pada kotak Terma & Syarat.

5. Isikan Maklumat Perbankan

Seterusnya, isi maklumat perbankan yang dipilih bagi melengkapkan langganan.

Anda akan dibawa ke portal perbankan bank yang dipilih untuk meneruskan pendaftaran Auto Labur.

6. Terima Resit Transaksi

Bila dah berjaya daftarkan bank, resit transaksi seperti di bawah akan diterima.

Caj RM1 akan ditolak dari akaun bank bagi proses pengesahan. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB setelah pendaftaran Auto Labur ini berjaya.

Siap!

Unit akan dikreditkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda.

Mudah kan?

Kalau nak tahu lebih lanjut, jom baca lagi tentang Auto Labur di bawah ini.

auto labur asb

Soalan Lazim Tentang Auto Labur ASB

Berikut adalah maklumat lanjut tentang Auto Labur yang dirujuk dari laman web rasmi MyASNB.

1. Apakah kemudahan Auto Labur?

Auto Labur membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan secara automatik setiap bulan menerusi Portal myASNB (www.myasnb.com.my). Buat masa ini, tabung unit amanah ASNB yang dibenarkan bagi kemudahan Auto Labur ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB).

2. Berapakah jumlah pelaburan minimum menerusi Auto Labur?

Pelaburan minimum menerusi Auto Labur ialah serendah RM30 dan had maksima adalah RM 30,000.

3. Adakah sebarang caj dikenakan untuk kemudahan Auto Labur ini?

Tiada caj yg dikenakan untuk kemudahan ini.

4. Mengapa ada pemotongan sebanyak RM1 semasa saya membuat pendaftaran, kemaskini (tarikh pemotongan & jumlah potongan) dan penamatan untuk kemudahan Auto Labur ini?

Pemotongan sebanyak RM1 adalah bertujuan untuk mendapatkan pengesahan dari pihak bank pendaftar.

Bagi setiap pendaftaran dan kemaskini yang berjaya, wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun tabung unit amanah ASNB.

Sekiranya pendaftaran gagal dilaksanakan atau apabila kita ingin menamatkan perkhidmatan auto labur, wang tersebut akan dikembalikan semula ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

5. Bilakan arahan auto labur saya akan mula diaktifkan?

Arahan Auto Labur akan diaktifkan dalam masa 48 jam.

Sebaik sahaja diaktifkan, pelaburan bulanan yang anda tetapkan akan berkuat kuasa secara automatik mengikut tarikh yang dipilih.

6. Bolehkah saya mengubah jumlah pelaburan bulanan yang ditetapkan?

Boleh. Anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.

7. Bolehkah saya menukar tarikh pelaburan yang ditetapkan untuk Auto Labur?

Boleh.

8. Bolehkah saya menamatkan arahan pelaburan menerusi Auto Labur?

Boleh. Anda boleh menamatkan arahan pada bila-bila masa.

9. Adakah sebarang waktu operasi tertentu untuk pendaftaran Auto Labur?</3h>

Waktu operasi bagi pendaftaran Auto Labur adalah mengikut waktu operasi urus niaga semasa di myASNB portal iaitu seperti berikut:

Ahad – Jumaat: 7.00 pagi – 6.00 petang.
Ahad hingga Jumaat dan Sabtu minggu ketiga, tidak termasuk cuti umum.

10. Bilakah unit akan dikreditkan ke dalam akaun ASB untuk perkhidmatan Auto Labur?

Unit akan dikreditkan dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pilihan anda.

Mudah, kan? Jom Simpan Duit Sekarang!

Jika belum mendaftar myASNB, anda boleh berbuat demikian di www.myASNB.com.my.

Untuk mendaftar myASNB, kita perlu mengemaskini butiran peribadi terlebih dahulu di mana-mana cawangan / ejen ASNB (contohnya pejabat pos) jika belum berbuat demikian.

semakan asb online

Cara mendaftar myASNB Online boleh juga dirujuk dalam artikel kami yang lalu : Tak Payah Beratur Lagi Nak Tengok Dividen & Baki. Ini Cara Semak Penyata ASB Secara Online

*Nota :

Buat masa ini Auto Labur hanya untuk pelaburan dalam ASB sahaja.

Pelaburan hanya untuk diri sendiri sahaja.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×