Hebahan

Anugerah 3K Kini Dalam Bentuk Digital!

1
SHARES

 

Program anugerah kebangsaan KPM kembali yang mengiktiraf usaha dalam meningkatkan tahap persekitaran sekolah dengan sokongan Dutch Lady

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dutch Lady Malaysia baru-baru ini merasmikan Anugerah 3K 2016 dengan pelancaran laman portal baru di www.anugerah3k3c.com.my yang kini sedia untuk menerima penyertaan daripada sekolah-sekolah di seluruh negara.

 

Program anugerah tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama rakan strategik Dutch Lady Malaysia itu bertujuan mendidik dan mengiktiraf usaha sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia dalam meningkatkan persekitaran sekolah mereka meliputi tiga aspek utama iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan.

 

Penglibatan syarikat tenusu berusia 53 tahun ini menerusi Projek Khas 3C iaitu Cabaran.Cergas.Ceria hasil inspirasi daripada kempen kesedaran kesihatan Drink.Move.BeStrong. Projek khas ini bertujuan untuk mendidik dan menyemai tabiat gaya hidup sihat di kalangan pelajar dan berkongsi kepentingan meminum susu dan melakukan aktiviti fizikal harian dalam usaha membina generasi yang kuat dan sihat.

 

Photo 1_YB Dato P. Kamalanathan

Berucap sewaktu majlis pelancaran, Timbalan Menteri Pendidikan I YB Dato’ P. Kamalanathan berkata laman portal Anugerah 3K dan Projek Khas 3C akan menjadi hab utama bagi keseluruhan pelaksanaan program anugerah ini. “Dengan hanya satu klik mudah, para guru, pelajar dan komuniti boleh mendapat akses penuh kepada semua maklumat dan bahan pendidikan berkaitan program anugerah. Laman portal ini juga memudahkan penyertaan serta penghantaran penyertaan oleh sekolah-sekolah, melibatkan para pelajar dalam permainan dan kuiz yang menarik serta menyediakan maklumat terkini berkenaan kemajuan program termasuk penghantaran, pemilihan hinggalah pengumuman peserta akhir dan pemenang.”

 

Photo 4_Ms. Saw Chooi Lee

Manakala, Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia Saw Chooi Lee berkata ” Sebagai peneraju pasaran dan salah satu syarikat tenusu terbesar di Malaysia, adalah tanggungjawab sosial korporat kami dalam memainkan peranan penting dengan menyokong agenda pendidikan kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlang untuk masa depan negara, yang selaras dengan misi kami untuk membantu rakyat Malaysia bergerak ke hadapan dengan nutrisi tenusu yang dipercayai”.

 

Saw berkongsi bahawa penemuan utama kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling mendalam di rantau ini dikenali sebagai South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) sebagai asas penglibatan syarikat itu dalam program ini. Dapatan kajian Nutrisi Kanak-kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia) menunjukkan bahawa seorang daripada 20 kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan berat badan; satu dalam lima kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau obes dengan sebahagian besar daripada kanak-kanak yang bersekolah dilaporkan kurang menjalani aktiviti secara fizikal; dan hampir separuh daripada kanak-kanak tersebut mengalami kekurangan Vitamin D. Kajian ini menekankan keperluan untuk nutrisi yang lebih baik dan amalan pemakanan serta menjadi aktif secara fizikal di kalangan kanak-kanak Malaysia.

 

“Menerusi kempen Drink.Move.BeStrong hasil cetusan daripada penemuan SEANUTS, usaha kami boleh diterjemahkan dengan memanfaatkan kepentingan nutrisi dan aktiviti fizikal dalam membentuk kanak-kanak Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif,” katanya.

 

Program Anugerah 3K telah diperkenalkan semula oleh Kementerian Pendidikan pada tahun lepas setelah diberhentikan pada tahun 2009. Pada tahun pertama Anugerah 3K kembali, 32 sekolah rendah dan menengah telah terpilih sebagai pemenang kebangsaan dan dianugerahi hadiah berupa wang tunai dan sijil kecemerlangan atas usaha mereka dalam melahirkan persekitaran sekolah yang selamat dan sihat.

 

Bagi mengkaji impak dan keberkesanan program, pihak kementerian turut bekerjasama dengan  Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menilai sekolah-sekolah yang terlibat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program ini telah membawa kesan positif kepada sekolah-sekolah terlibat dan mendapati program berjaya memupuk kesedaran dan membantu menyemai amalan gaya hidup sihat selaras dengan matlamat program. Berbanding dengan sekolah-sekolah bukan peserta, penilaian persekitaran dan kesedaran pelajar sekolah tersebut tentang kebersihan, kesihatan dan keselamatan adalah lebih tinggi di kalangan sekolah yang terlibat. Kajian juga menunjukkan bahawa Program Anugerah 3K mempunyai kesan secara langsung terhadap pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar serta menyarankan agar program ini diteruskan.

 

Pn. Hjh. Rahmah Binti Abd Haji, Pengetua SMK Sri Sentosa, yang merupakan salah sebuah sekolah pemenang tahun lalu berkata: “Untuk menyebarkan mesej pemakanan sihat dan gaya hidup aktif, sekolah menganjurkan bengkel dan pameran berkenaan kepentingan diet seimbang, dan kami menghasilkan sebuah video yang dimuat naik ke Youtube untuk memberitahu orang ramai akan kebaikan mesej Drink.Move.BeStrong“.

 

Guru besar SK Bukit Kapar yang merupakan Johan Keseluruhan Peringkat Kebangsaan Keseluruhan, Peringkat Sekolah Rendah tahun lepas, Pn. Hjh. Amnah bt Rambli berkata sekolahnya menekankan kepentingan 3K atau kebersihan, kesihatan dan keselamatan melalui poster dan memaparkan poster pada papan dan notis di seluruh sekolah tahun lepas.

 

“Kami berbangga untuk menjadi salah satu daripada sekolah-sekolah 3K kerana kami menerima banyak kunjungan tetamu dari sekolah lain selepas menerima anugerah tersebut. Mereka melawat sekolah kami untuk belajar dan bertukar-tukar idea tentang bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk belajar,” katanya.

 

Setelah mengetahui bahawa program anugerah kini boleh diakses secara digital tahun ini, Pn. Hjh. Amnah berkata: “Ia akan menjadi lebih cepat dan mudah untuk sekolah-sekolah di seluruh negara untuk mempunyai akses kepada mesej utama dan bahan-bahan pendidikan program. Ini juga bermakna program ini tidak akan terhad kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dan mempunyai potensi capaian di luar komuniti sekolah, seperti rakan-rakan dan keluarga pelajar”.

 

Photo 5_Group Photo

Anugerah 3K mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh sekolah-sekolah yang menyertai program tersebut dengan menyediakan anugerah kategori serta hadiah berikut:

 

Anugerah 3K

  • Pemenang hadiah pertama menerima RM 5,000.00;
  • Pemenang hadiah kedua menerima RM 4,000.00;
  • Pemenang hadiah ketiga menerima RM 3,000.00;
    • Tiga pemenang teratas juga menerima sijil kecemerlangan
  • Sekolah yang memasuki peringkat akhir masing-masing akan menerima RM 1,000.00.

 

Projek Khas 3C

  • Amalan Nutrisi Terbaik
  • Aktiviti Kecergasan
  • Nutrisi Paling Kreatif
    • Semua pemenang anugerah masing-masing akan menerima 00.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.anugerah3k3c.com.my.

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Dutch Lady Milk Industries Berhad

Incorporated in 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) is a leading dairy company in Malaysia. It is owned by one of the largest dairy cooperative companies in the world, Royal FrieslandCampina NV, a Dutch multinational dairy company. Dutch Lady Malaysia was the first milk company to be listed on Bursa Malaysia in 1968 and the first to introduce Formulated Milk Powder for Children in Malaysia in 1988. Dutch Lady Malaysia, awarded as the Company of the Year 2014 by The Edge Billion Ringgit Club, manufactures and sells a wide range of quality dairy products for the home and export market, with all products enjoying a strong following in brands like Dutch Lady and Friso Gold. Through a unique collaboration between FrieslandCampina and four international research teams/universities, the South East Asian Nutrition Surveys (SEANUTS) study was commissioned to study the nutritional status and insufficiency thereof found to be present in South East Asian children up to 12 years old. [/box]

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]About Royal FrieslandCampina

Every day, Royal FrieslandCampina provides millions of consumers all over the world with food that is rich in valuable nutrients. With annual revenue of 11.4 billion euros, Royal FrieslandCampina is one of the world’s five largest dairy companies, supplying consumer and professional products, as well as ingredients and half-finished products to the food industry and the pharmaceutical sector around the world. Royal FrieslandCampina has offices in 28 countries and almost 22,000 employees, and its products are available in more than 100 countries. The Company is fully owned by Zuivelcoöperatie FrieslandCampina U.A, with 19,244 member dairy farmers in the Netherlands, Germany and Belgium—making it one of the world’s largest dairy cooperatives. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×