Famili

Angkara Cemburu, Bekas Suami Bakar Motorsikal Kekasih Baharu Bekas Isteri

28
SHARES

Gara-gara cemburu bekas isteri ada hubungan dengan salah seorang pemilik motosikal, seorang lelaki sanggup bertindak membakar motosikal milik mangsa yang diparkir di bawah Blok G, PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini semalam. Tindakan tersebut telah menyebabkan 34 buah motosikal pelbagai jenis yang berada di lokasi berkenaan hangus terbakar.

Baca juga: Ibu Vegetarian Sanggup Biarkan Anak Usia 18 Bulan Mati Kelaparan

ANGKARA CEMBURU, BEKAS SUAMI BAKAR MOTOSIKAL

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D7) daerah telah membuat risikan dan tangkapan ke atas tiga lelaki tempatan, lapor Kosmo.

“Kesemua suspek yang berusia antara 31 hingga 43 tahun diberkas di kawasan perumahan PPR Kampung Muhibbah, Bukit Jalil, di sini.

“Semakan mendapati kesemua suspek memiliki beberapa rekod lampau berkaitan kes jenayah dan kes dadah,”  jelasnya.

Hasil siasatan pihak polis mendapati punca kejadian adalah bermotifkan cemburu terhadap hubungan bekas isteri suspek dengan salah seorang pemilik motosikal.

Reman ke atas suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, sebanyak 34 buah motosikal musnah dalam kebakaran disyaki angkara perbuatan khianat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Bukit Jalil di sini awal pagi semalam.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×