Famili

Anda Kaki Bergambar Atau Kaki Makan Sedap? Ini 5 Kerenah Yang Mesti Anda Boleh Relate!

368
SHARES

Bila cakap pasal makan ni, rasanya semua orang pun suka akan makanan kan? Lagi-lagi bila dekat Malaysia, ada pelbagai jenis makanan yang anda boleh pilih dan sebab itu juga lah ia menjadi sebab mengapa pelancong suka datang ke negara ini. 

Yang menariknya, bila kita ada geng yang selalu saja layan kita untuk pergi makan bersama. Ha…ini kami senaraikan 5 kerenah yang anda mesti pernah buat!

1. Nak makan dekat tempat viral sahaja

Nak lepak makan tapi tak tahu dekat mana, benda pertama yang anda buat mesti scroll media sosial untuk cari tempat makan yang tengah viral. Biasalah, teknologi pun dah moden, kalau mahukan sesuatu tu, hanya di hujung jari sahaja.

Kadang-kadang tu pantang lalu dekat timeline, mesti anda akan save, share dengan keluarga atau rakan-rakan untuk rujukan kemudian hari. Kalau boleh setiap kali ada kedai viral mati-matian nak pergi cuba makan dekat situ kan!

2. Ambil gambar makanan sebelum makan

“Weh kejap, jangan makan dulu” Ha…Ni salah satu ayat yang akan keluar dari mulut anda bila pergi makan kan? Tak kisahlah makanan sendiri atau orang lain, mesti nak ambil gambar dulu sebelum makan.

Walaupun makanan lambat sampai pun, tetap nak tunggu dulu satu-satu makanan semata-mata nak tangkap gambar punya pasal.

3.  Tengok dulu ada bajet atau tidak

Ada juga yang jenis macam ni bila ajak pergi makan. Setiap hari akan ada bajet makanan mereka sendiri dan berapa yang perlu mereka hadkan untuk sekali makan. Tak kisahlah, makan pagi, tengahari atau malam.

Jadi, sebelum nak keluar makan, perlulah tanya dulu mereka samada setuju atau tidak untuk makan di tempat pilihan yang kita mahu.

4. Suka cuba makanan orang

Pernah tak bila sampai saja makanan yang anda pesan, mesti ada salah seorang nak cuba makanan tu. Bukan apa, bila rasa tak boleh buat pilihan makanan apa yang mereka mahukan, suruh kawan pula pesan yang lain. Jadi, bolehlah rasa sikit-sikit makanan tu juga kan!

5. Sering ajak rakan-rakan makan tapi tak tahu kat mana

Situasi ini memang selalu sangat terjadi rasanya. Lagi-lagi bila dekat office, kawan-kawan ajak makan tengahari mesti semua okay je, tapi bila salah seorang tanya nak makan dekat mana. Terus rasa stuck nak buat pilihan.

Ada yang kadang-kadang kita tanya dia akan cakap tak tahu, tapi bila kita dah beri cadangan, eh tak mahu pula. Anda jenis yang macam ini ke tidak? Baik mengaku sekarang!

Masih berfikir untuk makan dimana? Jom “Makan-cation gaya Panda” saja lah! 

Berita baik untuk anda! Kalau anda sertai peraduan makan-cation Like a panda, foodpanda nak bagi anda menang 10 hari percutian ke 5 buah negara termasuk Thailand, Singapore, Hong Kong dan Jepun yang bernilai RM100,000 tau!

Paling menarik anda juga berpeluang untuk pergi ke restoran pilihan MICHELIN dengan penerbangan kelas perniagaan secara percuma. Cara untuk sertai peraduan ini sangat lah mudah, anda hanya perlu ikut langkah-langkah dibawah:

  1. Pesan sekurang-kurangnya RM20 dan keatas melalui aplikasi foodpanda (makanan/ penghantaran barang/ pandamart)
  2. Masukkan kod “PANDA sebelum anda “semak keluar” bagi mengumpul mata ganjaran.

Bukan itu saja, anda juga boleh ikut langkah dibawah untuk mengumpul 2x ganda mata ganjaran.

  1. Muat turun aplikasi foodpanda dan daftar akaun foodpanda sebagai pelanggan baharu & lengkapkan pesanan pertama
  2. Daftar sebagai salah seorang pengguna pandapro dari RM4.90 sebulan
  3. Pesan makanan atau minuman daripada senarai restoran “panda pick” seperti Zus Coffee.

Untuk pengetahuan anda, peraduan ini bermula harini sehingga 22 mac 2023 dan 5 daripada 10 pemenang hadiah utama akan dipilih berdasarkan jumlah mata ganjaran yang anda dapat. Selain itu, ada juga hadiah saguhati untuk 10,010 peserta yang bakal dipilih secara rawak oleh mereka.

Antara hadiah-hadiahnya adalah:

  • Hadiah utama: Pakej percutian untuk 2 orang selama 10 hari, penerbangan kelas bisnes dan makan di restoran bintang Michelin bernilai RM50,000 untuk 10x pemenang
  • Tempat kedua: Baucar tiket penerbangan bernilai RM1,000 untuk 5x pemenang
  • Tempat ketiga: Baucar hotel bernilai RM500 untuk 5x pemenang
  • Saguhati: 10,000 Baucar hadiah RM50 pandamart/foodpanda shops

Untuk maklumat lanjut mengenai contest foodpanda ini, anda boleh klik SINI atau muat turun aplikasi foodpanda di Google Playstore dan App Store. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×