Cantik

Anda Alami Rambut Rosak & Kulit Kepala Berminyak? Cubalah Syampu Kelopak Bunga Pertama Ni!

881
SHARES

Adakah anda sedang mengalami masalah rambut seperti kering, rosak dan kulit kepala berminyak? Tidak kira lah lelaki mahupun wanita, mesti rasa tidak selesa dan rimas kan? Oleh itu, pemilihan syampu yang sesuai amat penting tau dalam menjaga kebersihan dan penampilan diri.

Ha…kalini anda tak perlu risau lagi, sebab dengan adanya produk penjagaan rambut Dove Botanical yang terbaru ni, ia mungkin dapat menyelesaikan masalah yang anda hadapi. Ini kerana ia adalah syampu kelopak bunga pertama yang  menggunakan bahan semulajadi dan mampu merawat rambut rosak, kering dan berminyak.

Hadir dalam 2 variasi

Syampu Dove Botanical Selection ini didatangkan dengan 2 variasi dimana ia telah direka khas untuk membantu permasalahan rambut yang anda alami.

Bagi wanita yang sering menukar gaya rambut menggunakan alat tertentu ataupun anda yang suka mewarnakan rambut, ia akan mengakibatkan rambut anda menjadi kering dan panas. Bahan kimia yang terdapat pada produk itu juga akan melemahkan akar rambut dan menyebabkan ia menjadi kering.

Jadi, jika anda mempunyai masalah rambut seperti ini, Pink Moraccan Rose adalah pilihan terbaik kerana ia mampu menghidrasikan dan memulihkan kerosakan rambut tersebut. Variasi ini juga mempunyai haruman floral fruity yang sangat harum dan menawankan lagi rambut anda. Sesuai lah kalau anda terasa nak feeling macam dekat spa tu kan? 

Yang keduanya adalah White Tea Blosssom. Baunya seakan floral green. Agak kuat sedikit tetapi aroma nya memberikan rasa aromatik yang menjadikan rambut anda segar dan berbau harum.

Variasi ini pula amat sesuai untuk anda yang sering alami masalah kulit kepala berminyak, gatal dan rasa tidak selesa. Tambah-tambah lagi wanita berhijab, bila dah pakai tudung seharian tu mesti kadang-kadang rasa macam rambut tak boleh bernafas kan?

Jadi, dengan pilihan ini, ia akan memberikan kesan yang baik pada rambut dan juga akan terasa ringan saja selepas anda mandi. Disamping itu, ia juga akan menyuburkan, melindungi serta membersihkan kulit kepala anda dari segala kotoran minyak.

Terdapat pelbagai khasiat & manfaat di dalam nya

Bukan itu saja ya, Dove Botanical Selection ini juga terdiri daripada pelbagai khasiat dan manfaat yang banyak tau.

Bagi Pink Moraccan Rose, ia diformulasi dengan 100% minyak mawar maghribi dan ekstrak mawar dimana ia akan memberikan rasa yang mewah, segar dan ringan sahaja bila anda menggunakannnya. 

Manakala White Tea Blossom pula, ia mengandungi 100% ekstrak minyak peppermint & teh putih yang berasal dari tumbuhan yang akan melembapkan dan juga sekaligus memperbaiki rambut korang. 

Syampu ini juga bebas silikon & paraben

Macam yang anda tahu, produk yang mengandungi paraben dan silikon ini merupakan bahan pengawet yang digunakan untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria dalam sesuatu produk, tetapi dalam masa yang sama akan mengakibatkan rambut anda menjadi lebih kering dan kusut.

Jadi, dengan Dove Botanical Selection ni, anda tak perlu risau lagi, bukan sahaja bebas daripada bahan-bahan tersebut,  malah, akan membersihkan lagi rambut dan kulit kepala anda secara mendalam dan mengelakkan dari segala macam kekotoran.

Syampu ini juga mengandungi larutan kelopak bunga didalamnya dan akan larut semasa berbuih bagi menghidrat dan menyuburkan rambut anda tanpa ada minyak. Fresh nya rasa!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom segarkan rambut anda & dapatkan syampu pertama yang ada kelopak bunga ini!

Ha… dah jumpa jalan penyelesaian untuk rambut anda? Jadi, tunggu apa lagi tu? Jom lah segarkan dan manjakan diri anda dengan perawatan rambut kelopak Dove pertama dengan 100% minyak botani ini. 

Anda boleh mula mendapatkan produk ini di mana-mana kedai berhampiran ataupun di Guardian.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×