Asuh

Cikgu Mengadu Anak Suka Menyendiri & Tak Berkawan, Bertenang Ini Apa Parents Boleh Buat!

22
SHARES
anak tidak suka bergaul

Ibu bapa mana yang tidak risau apabila mendapati anak tidak suka bergaul dan berkawan dengan kanak lain? Lebih menambah bimbang ibu bapa adalah apabila si kecil mereka lebih gemar  berseorangan diri dan tidak perlu sesiapa bersama mereka ketika bermain.

Menurut ahli psikologi, Lorna Berndt Piercey, anak yang sedang membesar adalah mereka yang cenderung memilih kawan untuk bermain ataupun mencuba perkara baru memandangkan masih tidak kenal antara satu sama lain. Oleh itu, ada beberapa tips untuk ibu bapa amalkan kepada anak tidak suka bergaul dengan kanak yang lain.

Baca juga: “Bukan Pendiam Sangat Pun” – Ini 5 Fakta Orang “Introvert” Ramai Tak Tahu

TIPS UNTUK IBU BAPA AMALKAN KEPADA ANAK TIDAK SUKA BERGAUL DAN BERKAWAN

1. JANGAN SALAHKAN ANAK

anak tidak suka bergaul

Kadang-kadang ada sampai tahap ibu bapa putus asa dengan anak mereka yang enggan bergaul dengan kanak-kanak lain. Malah, ibu bapa sendiri dengan mudah melabel anak ‘introvert’, tidak pandai bergaul dan takut orang.

Dalam situasi ini, apa yang anak betul-betul perlukan adalah masa untuk membiasakan diri mereka. Selain itu, mereka juga memerlukan bantuan dan sokongan dari ibu bapa untuk meyakinkan diri bahawa ianya selamat untuk bergaul dengan kanak-kanak lain.

2. KENAL PASTI PENYEBAB

Penting untuk ibu bapa mengetahui punca anak anda tidak suka bergaul atau berkawan dengan kanak-kanak lain. Ada juga anak yang takut dan tidak yakin untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali dan kesannya mereka akhirnya bermain seorang diri kerana merasakan lebih selamat.

Jika ini terjadi, ibu bapa perlulah menjelaskan kepada si kecil bahawa mereka akan baik-baik sahaja. Malah, ibu boleh menggalakkan anak bahawa berkawan beramai-ramai itu menyeronokkan.

3. AJAR BEBERAPA KEMAHIRAN KEPADA ANAK

anak tidak suka bergaul

Ibu bapa boleh mengajar kemahiran kepada anak dengan melukis gambar, melakonkan senario dan menunjukkan rupa interaksi sosial timbal balik yang sihat. Selain itu, ibu bapa perlu membawa anak menyertai kumpulan kemahiran sosial supaya mereka dapat belajar bergaul dengan yakin bersama kanak lain.

Malah, ibu bapa boleh mengajak anak menyertai aktiviti luar rumah seperti menunggang kuda, kelas renang, kelab logo atau robotik agar mereka kurang bermain berseorangan diri.

4. BERI GALAKAN

anak tidak suka bergaul

Untuk mengelakkan anak anda dari bertukar menjadi pendiam, ibu bapa perlu kerap memberikan galakan untuk merangsang kemahiran diri mereka. Asas kemahiran sosial melibatkan keupayaan untuk berinteraksi, berkongsi barangan dan melibatkan diri dengan aktif bersama kanak lain.

Jika anda berada di rumah, luang sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit untuk bermain bersama. Jika menziarahi rumah saudara-mara, ajar mereka untuk bersalam dengan ahli keluarga yang lain. Cuba tarik minat si comel anda untuk berkawan dan bergaul dengan kanak-kanak lain.

5. ELAKKAN AKTIVITI KUMPULAN BESAR 

anak tidak suka bergaul

Ibu ayah perlu mengelakkan aktiviti dalam kumpulan kanak-kanak yang ramai sebagai tanda permulaan yang baik untuk membantu anak bijak bergaul. Elok jika anda cari aktiviti kumpulan kecil dengan komponen individu.

Sebagai contoh, anda boleh elakkan diri daripada memilih anak untuk menyertai pasukan bola sepak atau besbol, aktiviti besar yang memerlukan banyak kerjasama dan komunikasi antara satu sama lain,

Sebaliknya, anak boleh mencuba kelas memasak, kelab buku atau kelab lego yang mempunyai bilangan kanak-kanak yang kecil.

Bukan salah anak yang menjadi ‘introvert’ kerana ia terjadi kepada kebanyakan kanak-kanak. Namun sebagai ibu bapa, anda perlu sentiasa memerhati pergerakan mereka dan memastikan mereka mempunyai interaksi dan pergaulan bersama kanak-kanak lain.

Sumber: the Asian parent

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×