1-2 Tahun

4 Cara Ajar Anak Berkongsi Barang. Guna Teknik Psikologi!

183
reads
4 Cara Ajar Anak Berkongsi Barang. Guna Teknik Psikologi!

Cara Ajar Anak Berkongsi

“Ini Imran punyalah.. jangan usik,, jangan kacau!!”

Mungkin ini sebahagian masalah yang dihadapi kebanyakkan ibubapa. Saya sering didatangi oleh ibubapa yang mengadu perkara ini. Anak sukar berkongsi barang mainannya, walaupun dengan ibubapa. Perkara ini bukanlah masalah besar tetapi ia boleh menjadi serius apabila anak tersebut mempunyai masalah pertuturan atau lambat bercakap.

Kenapa begitu? Selain eye contact, berkongsi juga adalah sebahagian elemen asas pra-komunikasi. Contohnya; sekarang kita berkongsi cerita yang sama, topik yang sama, membaca artikel yang sama dan berkongsi masalah yang sama. Iaitu topik anak sukar berkongsi. Begitulah dengan anak-anak kita, sekiranya mereka sukar berkongsi, tiada komunikasi 2 hala yang sihat bakal berlaku.

Bukan sahaja komunikasi, malah perkembangan vocab, perkembangan interaksi sosial, dan emosi juga boleh menjadi terhad dan terganggu. Kanak-kanak perlu bermain dengan rakan sebaya untuk rangsang perkembangannya. Secara tidak langsung idea dan kebijaksanaan mereka bertambah.
Bagaimana hendak atasi masalah ini? Di sini saya sertakan 4 teknik yang mungkin berguna buat ibubapa dirumah.

1) Anda Adalah Contoh

Mainkan peranan anda sebagai contoh terbaik. Anda sebagai ibubapa mesti mampu menunjukkan tauladan berkongsi. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. Contohnya permainan, baling bola masuk ke dalam bakul. Boleh dilakukan mengikut giliran, mula papa baling, kemudian mama dan kemudian si anak. Cakap dengan dia “Papa baling pula” dengan ini anak faham konsep berkongsi dan main bersama.
Saya pernah didatangi oleh anak yang sangat pandai berkongsi. Inilah teknik yang beliau suami isteri lakukan.

2) Puji Mereka

Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang beliau sayangi.
Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan papa, Imran kongsi permainan dia dengan Aiman. Bagus dia main sama-sama” Papa pula sampuklah dengan penuh minat “Ohh ye ke, baguslah Imran pandai kongsi dan main sama-sama”

3) Berbincang

Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuat mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan.
Tanya mereka; “Kenapa Imran tak nak kongsi kereta tu?”
Mungkin Imran akan menjawab; “Dulu Aiman main kereta Imran sampai rosak”
Pujuk dan bincang dengan mereka; “ Mama faham, tapi dulu tu Imran tak sengaja , kesian dia nak main dengan Imran. Kalau rosak papa betulkan nanti”
Guna kebijaksaan anda untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.

4) Undang-undang

Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini papa punya mainan, Imran nak main, boleh. Tapi kena main dengan papa.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.

Ia mampu mengubah sikap dan cara anak bermain. Matlamat kita adalah untuk mereka terus boleh berkongsi dan berkomunikasi. Sebagai ibubapa kita perlu sabar dan berdoa. Tiada apa yang berlaku sekelip mata. InsyaAllah semua usaha ini ada balasan dariNya.

[infobox title=’Kenali Penyumbang Artikel’]

Teacher Ayu

teacher-ayu-excel-qhalif

Teacher Ayu merupakan pengasas playgroup di Excel Qhalif. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 5 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Merupakan penulis blog dan juga penulis jemputan dalam beberapa penulisan buku pendidikan awal anak-anak. Antara bukunya berjudul “Ibu Aku Ingin Tahu” yang terdapat di pasaran.

Beliau juga mempunyai kepakaran dalam bidang ‘speech & languange’ bagi membantu anak-anak yang lambat bercakap. Excel Speech Program diwujudkan oleh beliau khusus bagi ‘memberi suara’ buat anak-anak istimewa ini. InsyaAllah.

excel-qhalif-banner-trial

[/infobox]

1 Comment

1 Comment

  1. Fauziah

    September 23, 2014 at 7:12 am

    Informasi yg amat berguna! Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top