Asuh

Anak Tak Ada Orang Jaga? Ibu Ini Kongsi 2 Servis Pengasuh Anak Anda Boleh Cuba

110
SHARES

Lumrah hidup berkeluarga, banyak perkara perlu diuruskan seperti uruskan anak, pasangan, diri sendiri dan kerjaya. Namun, dalam ingin menguruskan semua itu, pasti ada sedikit kerisauan terutama apabila pasangan suami isteri keduanya mempunyai kerjaya dan anak tiada siapa nak tolong jaga di rumah.

Menerusi satu ciapan di Twitter, pengguna yang dikenali sebagai Mai telah berkongsikan pengalaman beliau menggunakan dua perkhidmatan asuh anak. Oleh itu, mari kita soroti bebenang beliau. Mana tahu, mungkin anda memerlukan dan berminat untuk menggunakan perkhidmatan mereka nanti.

Baca juga: 13 Menu Mudah Untuk Bayi 6 Bulan Tanpa Guna Garam & Gula!

ANAK TAK ADA ORANG JAGA?

Jika korang nak dating berdua dengan husband/wife or ada kerja tapi anak takde orang nak jaga boleh try dua servis ni.

Dua dua i pernah try. Legit and trusted!
1) Kiddocare
2) Sitly

I share my experiences dalam thread kat bawah:

1. KIDDOCARE

Kiddocare ni consider senior lah untuk babysitter service. Since anak i umur setahun lebih sampai sekarang i guna servis mereka. Cumanya kalau last minute request memang susah sikit nak dapat. A bit pricey tapi worth it.

2. SITLY

Sitly ni i baru tau dari one of my friend and i request malam, malam tu jugak terus dapat. Happy lah kita sebab senang! Haha.

Sitly ada subscription fees tapi affordable je bagi i. Lepastu yang bestnya harga babysitter ada banyak range. Nak nego pun boleh.

Tambahnya lagi,

Kiddocare punya process agak leceh sikit untuk book tapi bagus sebab sangat secure and Sitly pulak senang gila nak book sebab kita deal directly dengan babysitter. Dua dua okay and no harm to try! Ikut budget korang and yang mana korang rasa sesuai & lebih meyakinkan.

Ni semalam anak i dengan Sitly, happy betul dia. Babysitter tu siap cakap masa dia nak balik, Muayyad sedih sebab dah takde kawan.

Oh by the way, Sitly ni yang i suka, you boleh baca reviews dari orang lain yang pernah book babysitter tu.

Kiddocare and Sitly, dua dua korang boleh bawak kemana mana insyaAllah. Macam i dulu nak pegi wedding kawan i tapi husband tak ikut so i book Kiddocare untuk jaga Muayyad dekat wedding tu.

Sitly ni pulak semalam i book dia and bawak pegi office i, dia jaga Muayyad dekat office.

Perkongsian beliau itu telah mendapat pelbagai respon yang positif dan netizen berterima kasih atas bebenang yang bermanfaat itu.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka menggunakan dua perkhidmatan ini.

Sumber: Twitter Shahirahzai

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×