Asuh

Adoi, Susahnya Anak Nak Makan! Apa Yang Perlu Mak Mak Buat?

23
SHARES

Setiap kali nak suap makan, itu tak mahu ini tak mahu. Apa yang anak-anak suka makan adalah makanan yang tak sihat saja. Banyak betul kerenah dan nak makan pun susah. Tetapi, penting untuk para ibu semua supaya jangan berputus asa dalam mencuba memberikan makanan terbaik kepada anak-anak. Macam mana nak tarik minat mereka supaya kembali suka makan? Jom cuba tips yang dikongsikan ini.

ADOI PAYAHNYA NAK ANAK MAKAN….

‘Silap saya masa weaning diet haritu awal awal saya kenal benda manis awal awal’

‘Silap saya asik bagi makanan ready to eat macam N****m aje masa mula makan’

‘Saya risau bagi anak amalkan baby led weaming,asik suap je,sekarang bila nak suap anak paling muka’

Kadang akibat teknik dulu boleh effect anak nak makan pada waktu sekarang bila dah besar sikit. Mungkin masa tu mommies tak tahu sumber untuk rujuk waktu nak kenalkan weaning diet ATAU mungkin masa tu mommies nak cepat. Tapi apa apa sebabnya jangan putus asa untuk bagi anak makan real and natural foods. Jangan salahkan diri. Jangan give up. Normal akan ada masa anak kurang minat terhadap makanan sebab lebih minat dengan nak main… Normal ye… So post ni nak bagi tips semula macam mana nak tarik minat anak makan semula.

PERTAMA

Sebelum mula…kena pastikan emosi anak stabil sebelum nak makan. Jika anak tengah nangis, kenalpasti tangisan anak jenis apa dan selesaikan dulu baru boleh pujuk anak nak makan. Mengikut pakar ada 5 jenis tangisan :

1. Sakit

2. Ngantuk

3. Lapar

4. Sedih

5. Takut

Tiasa istilah nangis mengada…kalau mengada bukan nangis..cuma buat bunyi sahaja. Atasi punca mereka nangis baru boleh pujuk untuk makan. Terdapat 5 Teknik menarik semula minat anak kepada makanan.

1. WARNA

– tukarkan pinggan ke pinggan berwarna tapi elak gunakan warna seperti merah, hitam, dark brown yang kurang mengambil perhatian anak. Warna seperti kuning,hijau,biru,purple warna yang menarik

– gunakan pelbagai warna dalam masakan

– presentation makanan tu penting

– setakat nasi goreng dengan telur je nampak putih, dull, boring ajer….cuba tambah warna dari sayur sayuran, sumber protein atau condiments macam peper,daun sup,daun bawang etc.

2. BENTUK

– dari bagi sandwhich 4 segi yang boring potong dalam pelbagai bentuk, segi empat ke, bulat ke, star ke

– boleh beli cookie cutter dekat kedai (ala Mr Diy, Daiso semua ada) dan waktu nak buat bentuk AJAK anak sekali biar dia buat sekali.

– tak terhad kepada sandwhich, buah boleh, ice cream homemade boleh, nasi boleh

– pernah tengok bento yang buat bentuk muka/kartun gitu?

– kalau kita rasa menarik anak pun akan tertarik nak makan

3. JOIN

– maksudnya kita bagi mereka join sekali dalam proses nak buat makan

– ini termasuk Proses Pembelian, Proses Penyediaan, Proses Masak dan Proses plating (letak makanan atas pinggan fan hidang)
**ini saya akan explain lagi dalam posting lain ye

– kesilapan ramai ibu bapa adalah tidak melibatkan anak dalam proses ini dari A sampai Z..selalu sekerat jalan…anak tak dapat nak tengok apa jadi kepada makanan dari awal sampai akhir…

– lebih banyak penglibatan anak, lebih tinggi minat anak nak makan

4. BUNYI

– yes…bagi anak anak kecil kita boleh buat bunyi kapal terbang ke, choo choo train ke, kereta ke waktu nak menyuap..

– kalau tak reti buat bunyi, SEMBANG dengan anak…ni colour apa, ni sayur apa, ni makanan apa..percayala bila kita sembang anak lagi suka dan lagi seronok waktu nak makan

– masalahnya ramai ibu bapa sekarang waktu makan bukan tengok anak tapi lihat FON, ini lah yang buat anak tak seronok..
Suka ke bila kita makan dengan kawan kawan waktu nak sembang, si kawan sibuk hadap fon???

5. IKON

– sebelum waktu makan boleh pasangkan show show yang cerita mengenai makanan sihat atau mereka makan dengan banyak

– ini nak sentuh bahagian psychological di mana secara tak sedar sedang menggalakan anak untuk makan sebab ikon mereka

– ada banyak show show…saya siap buat posting lagi tentang show show yang mak ayah boleh download untuk pasang sebelum makan

– kita boleh guna ikon sebagai model/contoh baik

– Example: haaa tadi nampak tak upin ipin makan buah banyak tadi?

Perggggghh panjang pulak post pagi ni..tapi sebenarnya baru sentuh 20%. Bila type posting limited sikit nak bercerita ni..posting panjang panjang nanti tak baca pulak. Nanti dalam posting akan datang saya nak share tentang:

1. Kenali tangisan anak dan kenapa ia penting (yang ni panjang juga saya explain dalam toddible summit )

2. Proses penglibatan (JOIN) tadi

3. Teknik buat bentuk dan warna menarik untuk anak anak…dan macam macam lagi…

Doa saya diberi masa dan idea nak karang ye..Harap harap ini membantu mommies dan daddies luar sana. Till next time

Sumber : Dietitian fizah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×