Asuh

Jangan Takut Anak Ketinggalan, Hanis Zalikha Kongsi Tips Elak Anak ‘Melekat’ Dengan Gajet

1.4K
SHARES

Selari dengan perkembangan teknologi, cara mendidik anak-anak juga berbeza dengan zaman dahulu. Kalau zaman dahulu, mungkin anak-anak akan menghabiskan masa dengan aktiviti luar seperti permainan tradisional atau menonton televisyen, zaman sekarang pula anak-anak akan ‘melekat’ dengan gajet. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang menggunakan gajet sebagai alat utama supaya anak-anak dapat tumpukan perhatian kepada satu aktiviti seperti makan dan tidak membuat bising.

Berbeza pula dengan selebriti terkenal Hanis Zalikha yang merupakan ibu kepada Yusuf Iskandar, beliau melakukan cara pendekatan berbeza dalam mendidik anak. Menjauhkan Yusuf dari penggunakan gajet adalah salah satu langkah yang diambil supaya anaknya tidak bergantung kepada gajet semata-mata.

Umur berapa nak bagi anak gajet?

Entah. Taknak bagi boleh tak. Geram baca Bill Gates and other tech giants dekat Silicon Valley pun bagi anak diorang gajet bila anak diorang cecah 14 tahun ke atas. Padahal diorang yang cipta benda-benda camni. Tapi diorang pun beranggapan yang gajet dan easy access to things ni sangat harmful.

TAKUT ANAK KETINGGALAN?

Kita macam mana? Takut anak ketinggalan? Tak up-to-date? We are so clueless kesiannya kita. Takde resepi atau formula yang betul-betul terbukti selamat dalam pada menyediakan anak menghadapi masa depan. Kita nak didik anak mengikut zaman, tapi berada dalam zaman yang menakutkan.

Ramai tanya what is our stand with Yusuf and gadget. Just like all parents, kita pun tengah navigate our way through it, mula-mula try cara ni, pastu cuba cara tu pulak. Macam-macam. But for now, we only allow channels on TV. So dia takde pilihan nak suruh kita tukar2. Macam kita dulu kena duduk je tengok iklan cokelat Apollo terbang banyak2 kat angkasa.

P/S: Yusuf suka tonton Baby TV (channel 618, Astro), banyak vocabs bagus dia belajar dari situ.

PENDAPAT ORANG RAMAI, BERSETUJU DENGAN HANIS ZALIKHA

Sumber : Hanis Zalikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×