Hebahan

Percutian Bertukar Tragedi, Anak Usia 4 Tahun Mati Lemas Di Taman Tema

419
SHARES

Malang sudah semestinya tidak berbau. Siapa sangka percutian singkat keluarga ini bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak, Uzair Amri yang berusia 4 tahun itu mati lemas di sebuah taman tema di Melaka. Kanak-kanak lelaki itu ditemui oleh pengunjung lain apabila sudah tidak sedarkan diri.

Menerusi laporan Metro, ibunya tidak menyangka ini adalah permintaan terakhirnya yang ingin bercuti di hujung minggu dengan bermanda-manda bersama keluarga.

Dah lama berhajat nak bermandi manda

Sementara itu, ibu mangsa, Shazelah Rosli berkata anak lelaki sulungnya itu sangat gembira dan teruja apabila dimaklumkan untuk bercuti hujung minggu di taman tema.

“Arwah pada mulanya ingat kami mahu bawanya mandi di pantai, tetapi apabila tiba di taman tema air, dia terus masuk bilik, salin pakaiannya dan mengajak turun. Kami turun ke taman tema air itu selepas Zohor.

Dia memang sudah lama berhajat mahu main di taman tema air dan kami ke situ tanpa memberitahunya kerana mahu membuat kejutan, malangnya lain pula yang berlaku.”

Tidak sedap hati pada awalnya

Tambah ibu mangsa lagi, dia mulai tidak sedap hati sebelum membawa anaknya itu bercuti menjelang hujung minggu di Melaka.

“Rakan kata sepatutnya saya gembira nak bercuti, tetapi sebaliknya. Memang saya tidak sangka rasa yang saya alami itu petanda kejadian ini.”

Arwah adik Uzair Amri dijangka dikebumikan di kampung halaman suami di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor pada hari ini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : Metro Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×