Famili

[VIDEO] Anak Tengah Main Telefon Terakam Susuk ‘Misteri’ Sebelum Hilang!

5
SHARES

Sudah menjadi normal dalam kalangan mak ayah yang mempunyai anak yang masih kecil, pasti akan tertarik dengan apa sahaja gajet yang kita ada. Sampai dalam telefon pintar mak ayah pun, penuh dengan aplikasi game dan juga gambar serta video diri mereka sendiri. Tapi, tidak salah kerana ini menjadi simpanan memori ketika mereka masih kecil.

Namun, di sebalik segala rakaman di dalam telefon, kita tahu juga bahawa lensa kamera dapat merakam ‘benda’ di luar pandangan mata kita. Ini juga berlaku dalam kisah yang dikongsikan oleh ibu ini di laman TikTok yang boleh membuat bulu roma merinding!

Baca juga: CCTV Rakam Kelibat Dipercayai ‘Entiti’ Datang Jenguk Bayi Ketika Tidur, Seram!

ANAK TERAKAM KELIBAT MISTERI DI CERMIN

Ceritanya berlaku apabila seorang wanita berkongsi kisah apabila telatah comel anaknya merakam video sendiri sambil berbual dengan kamera. Menjadi lebih seram apabila si ibu ternampak kelibat misteri muncul pada pantulan cermin yang dirakam kamera.

Kongsi Indozone, wanita itu mengatakan bahawa dirinya telah ke tandas sebentar manakala kanak-kanak berkenaan sedang bermain telefon. Anak kecil itu dilihat bercakap sendirian, namun tidak dapat ditafsirkan apa yang sedang dituturkannya.

@medinaninayara♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Sebaik sahaja si ibu melihat video berkenaan, dia mendapati terdapat penampakan di dalam cermin di belakang kanak-kanak itu yang kemudiannya menghilang.

“DI CERMIN ADA ORANG, MUKA RATA”

Rata-rata turut berasa seram menonton video berkenaan. Ada yang mendakwa terlihat wanita berambut pendek dan ada juga yang mendakwa kelibat itu seakan mempunyai wajah yang rata.

Sumber: TikTok @medinaninayara

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×