Famili

[VIDEO] CCTV Rakam Kelibat Dipercayai ‘Entiti’ Datang Jenguk Bayi Ketika Tidur, Seram!

92
SHARES

Selari dengan peredaran zaman moden, pelbagai teknologi yang sudah dicipta khusus untuk para ibu bapa gunakan untuk anak-anak. Ini juga termasuk teknologi untuk memantau anak-anak tidak kira yang sudah dewasa atau yang masih kecil. Oleh itu, salah satu caranya adalah dengan menggunakan CCTV di bilik bayi adalah sangat bagus untuk memantau tindak tanduk si kecil bila tidak berada di hadapan mak dan ayah.

Fungsi CCTV di bilik bayi ini juga adalah supaya ibu bapa dapat memantau bayi yang sedang tidur. Hal ini kerana, bayi selalunya akan terjaga pada waktu malam kerana lapar atau ingin membuang air besar dan perlu mendapatkan bantuan dari si ibu.

CCTV RAKAM ‘ENTITI’?

Lain pula dengan apa yang dikongsikan oleh ibu ini apabila kamera CCTV yang dipasang di dalam bilik bayinya terakam sesuatu yang di luar jangkaan. Seperti sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini, sebuah kamera CCTV yang ditempatkan dalam sebuah bilik seorang bayi didakwa berjaya merakam satu kelibat yang sukar untuk dijelaskan.

Dalam video tersebut, ketika bayi itu sedang tidur, dapat dilihat satu kelibat di sebelah tempat tidur bayi berkenaan. Kelibat itu hanya muncul seakan melihat bayi tersebut untuk seketika sebelum menghilangkan diri daripada pandangan kamera CCTV berkenaan.

@lexibruner04I’m traumatized😭 ##scary♬ something traumatic – courtneyleehewitt

Sumber: Lexibruner

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×