Famili

“Ingatkan Jatuh Biasa Sahaja”- Ibu Kongsi Detik Cemas Selepas Anak Jatuh Ketika Bermain

3.7K
SHARES

Antara kejayaan dalam proses pembesaran anak-anak adalah apabila mereka sudah boleh berjalan. Namun, ibu bapa perlu berjaga-jaga kerana mungkin akan banyak insiden yang melibatkan anak-anak jatuh ketika bermain. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan oleh ibu ini di laman media sosial apabila beliau berhadapan dengan detik cemas anaknya jatuh dan dikejarkan ke hospital kerana berhadapan risiko kekurangan oksigen.

INGATKAN JATUH RINGAN SAHAJA…

29 November 2019

Tibalah hari yang menjadi sejarah dan mimpi ngeri kami sekeluarga. Pagi hari tu awliya bangun tidur seperti biasa , cergas ceria dan selera makan seperti biasa. Lepas selesai makan dia pun bermainlah seperti biasa di bahagian depan laman rumah. Tak lama dengar dia menangis mengadu ada jatuh tapi cara dia menangis tu taklah teruk atau meronta-ronta menjerit kesakitan.

Jadi kami ingat cuma jatuh ringan jelah sebab kami yang dewasa tak nampak bagaimana dia jatuh.

3.pm: Selepas suami balik solat jumaat , awliya masih mcm biasa je tapi dia merengek mengantuk nak tidur tapi bila diajak tidur dia tak nak.

4.30pm: Bila dia dah mula mengaruk hempas2 barang Nuna ambil dukung dia ajak tidur. Tak lama tu dia ketiduran dipelukan Nuna. Tak sampai 5 minit tidur Awliya bangun semula sambil merengek then dia kembali baring tapi dalam keadaan sujud. Time ni macam tak pelik lagi sebab bila cakap dengan dia , Awliya masih respon lagi sebab asben betulkan posisi dia kepada baring.

Kebetulan Aliyah merengek so Nuna cakap kat asben “Ambillah Aliyah ni biar mama tidurkan Awliya”. Nuna baring sebelah Awliya dalam posisi mengiring sambil peluk dia , tapi time ni Awliya asyik pandang atas je. Bila tanya kakak ok tak? Dia jawab “takut” dengan sura seakan lemah , masa ni nuna dah rasa pelik sikit masa ni.

ANAK TAK SEDARKAN DIRI TAPI MATA TERBUKA LUAS

Sekelip mata Awliya jadi seperti tak sedarkan diri tapi matanya terbuka luas. Nuna bangun dan baringkan badan dia secara terlentang. Goyang-goyangkan badan dia sambil panggil nama dia berharap dia akn menyahut , tapi dia tak juga nyahut dan mata nya masih terbuka luas dan pandang atas. Badan nya pula mmg lembik seperti orang pengsan. Nuna panggil asben tengokkan kan Awliya.

Asben pun panggil dan goyang goyangkan badan awliya tapi tiada respon langsung walaupun mata dia terbuka luas. Asben dokong terus bawa ke singki dapur , basahkan muka dia banyak kali tetap tak ada respon dan badan memang lembik habis. Kami berdua meluru panggil ibu Nuna tengokkan awliya. Ibu ambil dokong diq panggil nama dan goyangkan badan pon sama juga terus ibu cakap bawak ke klinik cepat.

Asben dengan ibu je pergi klinik , sementara tu Nuna stay kat rumah tunggu abah balik ambil untuk bawa ke klinik. Sesampai di klinik asben bagitahu , Awliya kembali stabil, dia menangis macam mengantuk. Mo masa ni peliklah nampak normal je awliya masa ni tapi selepas ibu ceritakan awliya mmg collapse dan lembik , MO tetap juga buat untuk refer ke hospital untuk cek punca kenapa dia dalam keadaan tak bermaya tapi mata terbuka.

RISIKO OKSIGEN TAK SAMPAI KE OTAK

Sedang MO buat refer letter , asben bawak Awliya duduk di kerusi menunggu depan klinik. Tiba tiba Awliya muntah dengan banyaknya kemudian dia terus pengsan. Sedar keadaan tu MO terus suruh baring mengiringkan dia masa tu juga awliya terus kena sawan 1 badan kejang dan keras.

Keadaan memang jadi kelam kabut masa tu MO capai tangki oxygen dan inject ubat kancing gigi. Tak lama kemudian , badan awliya kembali lembut dan dia terus ditidurkan dan MO pasangkan oksigen sebab masa ni paras oksien awliya memang amat rendah dan takut risiko oksigen tak sampai ke otak. Ibu Nuna ada bagitahu semasa awliya terkena sawan , mata awliya pandang ke atas tetapi anak matanya bergerak seperti mengikut sesuatu dengan mata terbeliak. Ibu nuna dan asben memang tak lupa apa yang mereka nampak.

6.30pm: Ambulan pun sampai , setelah petugas siapkan semua dokumen asben pun naik ambulan dengan awliya. Kami semua follow dari belakang. Tapi semasa dalam perjalanan awliya kembali sedar dan bertindak agresif dan menangis meronta.

7.15pm: Sesampainya di hospital terus awliya di masukkan ke Zon Merah , masa ni Awliya masih dengan asben tapi masih menangis berikutan kepala nya sakit , Nurse masukkan ubat bontot untuk redakan sakit kepalanya.

Tak lama kemudian Awliya tertidur sendiri. Semasa Awliya tidur doktor maklumkan ke asben awliya akan dibawa utk full CT Scan untuk ketahui masalah dan punca awliya jadi begini. Sebelum masuk ke bilik CT-Scan Nurse bagi ubat tidur sikit sebab takut awliya terjaga apabila sedang scan nanti.

MUNGKIN ALAMI GEGARAN OTAK

9.00pm: Doktor maklumkan pada asben awliya akan ditahan 1 malam untuk dipantau dalam masa 24 jam jika berlaku lagi simptom sawan , muntah atau pengsan. Doktor suspek kemungkinan awliya mengalami gegaran otak. Dari result ct scan doktor bagitahu otak dan kepala awliya dalam keadaan baik tiada sebarang trauma , darah beku atau sebarang tanda yang musykillah senang cerita. Lagipun masa ni doktor tengok awliya dah kembali stabil dan aktif.Tiada lagi simptom simptom menangis meronta atau pasif masa tu.

11.00pm: Asben dan awliya naik ke wad , masa ni nuna dan abah serta baby aliyah je berada dihospital. Ibu dan anak lelaki nuna Adam dah balik dulu sebab masa ni adam dah ketiduran. Abah nuna bekalkan roti dan air susu kotak aja yang boleh sebab nak tapau kedai banyak tutup dan belikan tapau mamak asben taknak. Abah nuna bagitahu time ni Alwiya mmg dah nampak ceria dan aktif. Sesampainya abah kat wad anta bekalan awliya tegur abah seperti biasa selera makan pon seperti biasa.

Alhamdulillah legalah hati nuna ni sebagai mama. Setelah selesai anta bekalan , kami pon balik menuju ke kahang. Pada malam tu doktor ada ke katil awliya bertanya asben keadaan awliya sama ada normal atau ada tanda yang pelik atau meragukan. Asben bagitahu yang dia dah kembali normal main gelongsor , lompat lompat dan ketawa. So doktor cakap baguslah kita tengok lagi esok mcm mana. Pagi esoknya , doktor round patient dia tengok awliya aktif dan ceria. Dia pun kata bagus adik ni kuat dan ceria je.

Asben sempat seloroh cakap ni kalau kat rumah garang macam kak yong doktor. So , sampai nuna datang wad pun memang nampak awliya kembali ceria dan aktif. My cheeky awliya is back. Alhamdulillah Ya Allah. Sebelum discharge doktor bagitahu tentang keputusan darah dan ct scan semua normal tiada apa apa yang perlu dirisaukan. Alhamdulillah syukur Ya Allah.

Apa yang dapat disimpulkan Doktor suspek awliya gegaran otak. Mungkin sebab jatuh dibahagian kepala , ye mmg awliya ada mengadu jatuh tapi jatuh kat anggota mana dan macam mana mmg kami tak tahu sebab kami tak nampak. Tu silap dan kecuaian kami as a parents tak dapat nak pantau setiap pergerakan dia , walau mulut ni berpuluh ribu kali sebut “hati – hati” “main baik – baik”.

JANGAN AMBIL RINGAN ANAK JATUH

Seandainya kami tak bawa awliya terus ke klinik utk rawatan yang betul tapi sebaliknya bawa utk ikhtihar kaedah perubatan lain. Memang kami akan menyesal seumur hidup sebab awliya ada risiko mati otak apabila oksigen tak sampai ke otak dalam tempoh tertentu. Dengar pun takut apatah lagi kami yang alaminya. Nuna kongsikan sedikit apa yang doktor sampaikan kepada nuna.

Sekiranya anak jatuh tapi kita tak nampak jika ada tanda seperti sawan , muntah muntah , demam tinggi , pengsan atau lemah segerakanlah bawa anak anda ke hospital untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Di hospital mereka akan pantau ank kita dan lakukan beberapa scan atau x-tray serta ujian darah. Di hospital memang cukup kelengkapan utk ketahui apa yang tubuh anak kita akan alami kesan dari jatuh itu. Dari luar memang tak nampak tapi dalaman kita tak tahu.

Jadi jangan ambil pandang mudah dan remeh bila anak mengadu jatuh atau anda nampak dia jatuh dan alami simptom di atas. Segerakan bawa ke hospital. Semoga perkongsian pengalaman yang Nuna lalui ini dapat beri manfaat kepada ibu bapa yang lain. Doakan kami semua diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Sumber : Nuna Razak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×