Famili

Anak-Anak Rindu Makan Di Luar? Ini 5 Resepi Yang Rasanya Hampir Sama Untuk Para Ibu Cuba!

3.4K
SHARES

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang, sedikit sebanyak telah mengubah corak kehidupan pelbagai lapisan masyarakat terutama kanak-kanak.

Mereka juga turut menerima impak tersendiri dimana mereka tidak boleh pergi sekolah secara bersemuka dan melakukan aktiviti luar. Paling sedih sebab tak boleh makan makanan kegemaran mereka di restoran. Ha.. jangan risau ya, buat ibu di luar sana, anda masih boleh memasak sendiri beberapa hidangan kegemaran anak-anak anda di rumah.

Ini antara 5 resepi makanan di kedai yang anda boleh cuba masak di rumah!

1. Piza Roti

Anak-anak kalau tak makan piza roti ni mesti tak sah kan? Kalau macam tu, cuba lah gembirakan mereka dengan mencuba resepi ini! Sedap tau…

  • 1 keping roti paratha
  • 50g pepperoni ayam
  • 50g lada benggala merah
  • 5 sudu makan pes tomato
  • 5 biji cendawan butang
  • Hirisan bawang besar
  • 1/2 biji tomato
  • 50g keju mozarella
  • Keju cheddar
  • Salad rocket

Sapu pes tomato dipermukaan roti paratha dan susun pepperoni, hirisan bawang, lada benggala, cendawang butang dan tomato dengan secukupnya. Kemudian, taburkan keju mozzarella dan keju parmesan dengan secukupnya. Seterusnya, bakar selama lebih kurang 10 minit sehingga keju cair. Akhir sekali, hiaskan dengan salad rocket. Siap!

2. Popia Inti Daging

Popia daging ni pun kalau makan bila panas-panas tu memang sedap. Lagi-lagi kalau buat makan petang sambil nikmati udara segar di luar rumah tu. Anda patut cuba tau, anak-anak mesti suka!

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 200g daging kisar
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 bungkus kulit popia
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga garing. Masukkan daging kisar dan gaul rata. Kemudian, tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Apabila inti sejuk, boleh mula untuk menggulung popia. Seterusnya panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. Selepas itu, popia boleh dihidangkan bersama sos cili atau mayonis. Mudah kan?

3. Mufin Bayam Berlemak

Ha..ini pula salah satu resepi yang dapat tarik minat mereka. Biasalah, kanak-kanak dengan mufin ni memang takkan berpisah. Dicampur pula dengan rasa sayur bayam nya. Wahhh..kena cuba ni!

  • 250g mentega
  • 200ml susu
  • 100g bayam
  • Tepung gandum
  • Serbuk penaik
  • Soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk buah pala
  • Keju parmesan
  • 1 biji telur
  • 120g krim keju
  • Tomato ceri

Panaskan mentega dan susu dalam periuk, kemudian masukkan bayam dan layurkan. Kisarkan campuran bayam dan susu sehingga halus dan biarkan ia sejuk. Di dalam mangkuk besar, ayak tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk buah pala. Adun rata.

Seterusnya, masukkan kisaran bayam, telur, keju parmesan dan krim keju ke dalam bancuhan tepung. Gaul sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan. Letakkan tomato ceri dan bakar dalam ketuhar pada suhu 190c selama 20 minit atu sehingga masak. Siap!

4. Telur Puff Pastri

Kalau anak anda gemar dengan roti bakar tapi nak buat cara lain? Boleh la cuba resepi ni. Simple tapi cukup sedap!

  • 2 paket puff pastri
  • Telur
  • Daun bawang
  • Tomato ceri
  • 150g tomato puree
  • 2 ulas bawang putih
  • Bawang besar
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar minyak masak

Keluarkan puff pastry dan biarkan ia lembut sebentar. Masukkan bawang cincang, salami ayam dan sedikit serbuk lada hitam. Kemudian pecah kan telur ke dalam roti dan atur di dalam loyang yang di alas baking paper, kemudian sapu dengan kuning telur. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit. Angkat dan nikmati segera. Siap! Senang je kan?

5. Casserole Sayuran

Tengok gambar nampak sedap je kan? Haa…sesekali kalau nak makan mewah macam ni, boleh saja siapkan sendiri untuk anak-anak. Memang berbaloi berbanding makan di luar tau! Jom lah cuba resepi ni.

  • 1 keping roti paratha
  • 1 lobak merah
  • 2 tangkai daun saderi
  • 2 biji kentang bersaiz sederhana
  • 1 biji bawang besar
  • Lada benggala
  • 5 cendawan butang
  • 1 cawan kubis bunga dicincang
  • 2/½ sudu makan perisa ayam & sayur
  • 100g tomato puri
  • 300g air
  • Garam dan perasa secukupnya

Keluarkan paratha dari paket plastik. Biarkan hingga sedikit lembut dan sambil itu, boleh panaskan oven pada suhu 180c. Kemudian, di atas kuali yang dipanaskan, letakkan 1 sudu minyak dan tumis bawang hingga wangi. Seterusnya, masukkan sayur dan tumis juga hingga separuh masak. 

Anda juga perlu memasukkan air, tomato puri dan perasa dan biarkan mendidih hingga semua sayur lembut. Ha bila dah lembut, boleh mula pindahkan sayur-sayuran yang dimasak tadi tu ke dalam piring kaserol. Kemudian, letakkan paratha yang disapu dengan telur di atas piring kaserol. Akhir sekali, bakar lebih kurang 15-20 minit atau hingga kekuningan. 

Nak makanan lokal macam ni tapi tak boleh keluar rumah? Malabar Roti Kawan Food kan ada!

Walaupun anda tidak digalakkan untuk keluar rumah, tak bermaksud anda tidak dapat menikmati makanan Malaysia yang enak seperti di atas tu kan? Lagi-lagi bila ada Malabar Roti dari Kawan Food ni. Memang amat memudahkan para ibu untuk siapkan makanan yang semestinya menjadi  favourite anak-anak ni..

Kalau anak-anak anda teringin nak makan roti canai dan minum teh tarik ala ala dekat mamak tu, boleh lah dapatkan Malabar Roti dari Kawan Food ni. Rasanya pun sama macam dekat kedai tau! Memang rugi lah kalau tak cuba produk makanan dari mereka ni. 

Ada promosi sempena Hari Kebangsaan pada Ogos ini. Jom dapatkan sekarang!

Untuk pengetahuan anda juga, bermula 13 Ogos hingga 19 September 2021, Kawan Food mengadakan promosi bagi Malabar Roti ini tau, dimana jika anda membeli 5 paket, anda akan dapat 4 botol minumam F&N Teh Tarik Ori  secara percuma. Bestnya!

Tunggu apa lagi tu, jom lah dapatkan Malabar Roti Kawan Food ini di SINI.  Bagi anda yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai produk ini, boleh juga layari laman web Kawan Food.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×