Didik

Anak-Anak Boleh Main ‘Tablet’ Tapi Ada Syarat Yang Ketat Perlu Dipatuhi…

1
SHARES

Tidak dinafikan anak dan gajet sangat sinonim dikalangan kanak-kanak, malah memang memudahkan rutin harian ibu bapa. Beri sahaja tablet seperti iPad ataupun telefon pintar, anak-anak akan duduk diam. Jadi ibu bapa boleh lakukan kerja dengan tenang.

Ini nampak ketara ketika musim pandemik dahulu, rata-rata ibu bapa perlu bekerja daripada rumah sambil menjaga anak-anak. Jadi mana nak melayan anak lagi, nak bermesyuarat lagi dan membuat kerja-kerja harian.

Baca juga: 10 Etika Melawat Ibu Yang Baru Bersalin, Hormati Permintaan Ibu Bapa!

SYARAT YANG PERLU DIPATUHI

“Doktor, saya baca kanak-kanak yang main tablet ini selalu akan ada masalah perkembangan. Tak boleh main tablet langsung ke, doktor? Tengok TV boleh, tak?”

Boleh sahaja. Anak-anak saya pun main tablet juga. Ada manfaatnya juga, namun ada beberapa syarat ketat yang perlu dipatuhi agar manfaatnya sentiasa melebihi keburukannya.

1. Anak berusia bawah 2 tahun tak dibenarkan untuk didedahkan kepada tablet dan telefon. Ini bagi menjamin perkembangan fizikal, kognitif dan sosial yang optimum buat mereka.

2. Anak tidak boleh ada tablet atau telefon milik mereka sendiri. Tablet dan telefon adalah milik ibu bapa dan dipinjamkan kepada mereka. Jadi, jika ibu bapa minta semula, mereka perlu pulangkan.

3. Dibenarkan main pada jangka masa yang sesuai. Kanak-kanak 2-5 tahun, WHO saran masa maksimum mengadap skrin adalah 1 jam sehari. Lebih singkat, lebih baik. Boleh guna apps untuk hadkan masa.

4. Selama 1 jam itu, anak perlu sentiasa dalam pemantauan dipantau oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu pilih dan saring apa yang ditonton anak dan bersedia menjelaskan dan menjawab soalan mereka.

5. Jangan gunakan tablet dan telefon sebagai cara untuk mereka duduk diam dan tidak mengganggu ibu bapa. Kanak-kanak perlu bergerak aktif, meneroka dan bertanya soalan untuk berkembang.

6. Anak dibenarkan main pada tempat yang sesuai. Mereka perlu duduk dengan postur yang elok, paras dan jarak pandangan pada skrin yang selamat. Tak main boleh sambil baring di atas katil atau sofa.

7. Pilih masa yang sesuai untuk bermain, seperti waktu pagi dan petang. Elakkan anak-anak main tablet hampir waktu tidur, dan waktu makan. Ia boleh mengganggu jadual makan dan tidur mereka.

8. Pastikan anak tidak lupa minum air dan pergi ke tandas untuk kencing. Sediakan air minuman untuk anak-anak ketika mereka sedang bermain tablet. Ingatkan mereka jika mereka terlupa.

9. Jika anak kerap meminta menonton dan bermain tablet, itu bermakna mereka kurang diberi pendedahan kepada aktiviti seperti bersukan dan hobi. Ibu bapa perlu bantu mereka cari minat lain.

10. Ibu bapa adalah teladan kepada anak-anak. Mereka tiru cara kita gunakan telefon dan tablet. Tak usah main berjam-jam sambil baring di sofa. Nanti anak ikut. Tunjuklah contoh yang baik.

Ok! Kuatkuasa peraturan ini serta merta! Hari ini juga mula! Boleh? Kalau tak boleh, maka ada risiko perkembangan anak-anak akan terganggu.

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×