Bersalin

10 Etika Melawat Ibu Yang Baru Bersalin, Hormati Permintaan Ibu Bapa!

22
SHARES

Selalunya, bayi yang baru lahir akan disambut meriah oleh ahli keluarga dan sahabat handai. Namun, di sebalik raut wajah girang ibu dan bapa, mereka mesti rasa risau akan kesihatan anak mereka. Manakan tidak, kalau ramai-ramai yang datang melawat, takut jatuh sakit pula bayi nanti!

Seperti ramai sedia maklum, banyak kajian yang telah membuktikan bahawa kuman boleh merebak kepada bayi melalui ciuman dan pelukan. Jika boleh, berilah kerjasama kepada ibu dan bapa serta hormat akan permintaan mereka. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Buat Spray Serbaguna Guna 3 Bahan Sahaja, Boleh Halau Semut & Bagi Rumah Wangi!

Bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman daripada orang dewasa yang melawat mereka. Nasihat saya, jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.

Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman. Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.

Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, saya nasihatkan:

1. Jangan cium bayi. Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.

2. Jangan sentuh bayi. Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi?

3. Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.

4. Jangan lama-lama bila melawat. Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 minit sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.

5. Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.

6. Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.

7. Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Si ibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.

8. Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.

9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur. Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.

10. Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.


Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×