“Aku ni asyik membebel je dekat anak aku, entah dengar ke tidak…”
Membebel atau berleter dalam kalangan para ibu sudah menjadi normal dalam kehidupan seharian. Kalau sehari tak membebel, memang tak sah! Tapi, tahukah anda bahawa menurut kajian antarabangsa membebel, khususnya untuk anak-anak yang masih kecil adalah bagus untuk perkembangan minda mereka. Katanya, anak-anak yang mempunyai ibu selalu membebel ini lebih berjaya, betul tak?
MAK AYAH KUAT MEMBEBEL SEBENARNYA POSITIF
Kajian ini dilakukan di University of Essex, England yang mendapati anak yang didesak dan dibebel oleh ibu bapa ketika kecil, berpeluang untuk lebih berjaya dalam kehidupan daripada anak yang mempunyai ibu bapanya sebaliknya.
Pemerhatian telah dilakukan ke atas 15,500 gadis remaja, yang berusia 13 dan 14 tahun sejak tahun 2004 sehingga 2014 mendapati, anak yang didesak oleh ibu mereka selalunya telah diletakkan satu standard tinggi yang perlu dicapai. Mereka ini selalunya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading serta memiliki gaji yang besar setelah meningkat dewasa.
KURANG MASALAH SOSIAL
Bukan itu sahaja, anak-anak yang telah ‘dibebel’ ini kurang mengalami masalah sosial. Tidak la teruk mana pun sebenarnya jika ibu bapa berleter atau membebel ni. Hal ini kerana mereka tidak akan berbuat demikian tanpa sebab. Ini bermaksud, anak-anak akan merasa lebih ‘terkawal’ kerana khuatir perbuatan mereka akan dimarahi oleh ibu bapa.
Jadi, ibu bapa boleh jadikan fakta kajian membebel ini untuk terus beri semangat buat anak-anak yang malas belajar. Mana tahu memang menjadi teknik membebel 24 jam ini.
Sumber : Goodhousekeeping.com