Nur

Hukum Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap Sebab Tak Bagi Nafkah

2
SHARES
AMBIL DUIT SUAMI

Umum mengetahui, seorang suami wajib memberi nafkah kepada isteri dan anaknya seperti ajaran Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, timbul isu mengenai seorang isteri terpaksa ambil duit suami senyap-senyap kerana culas menjalankan tanggungjawab.

Masalah ini turut mendapat perhatian Ustazah Asma’ Harun dan ada dijelaskan di laman Facebooknya. Adakah si isteri boleh berbuat sedemikian?

Baca juga: Bukan Hanya Perubahan Akhlak, Ini 6 Tanda Lain Anda Dikurniakan Haji Mabrur

AMBIL DUIT SUAMI SENYAP-SENYAP, BOLEH KE?

AMBIL DUIT SUAMI

Menurut al-Fiqh al-Manhaji, kadar nafkah makanan asasi adalah dua cupak bagi mereka yang berkemampuan, satu setengah cupak bagi mereka yang sederhana dan satu cupak bagi mereka yang fakir.

“Seorang isteri yang tinggal serumah dan makan bersama suaminya seperti mana kebiasaan dilakukan pada setiap hari tanpa menetapkan kadar makanan dan lauk-pauk tertentu, maka ia sudah dikira sebagai nafkah dan disebut sebagai nafkah kecukupan,” jelasnya.

Antara 7 nafkah yang wajib diberikan kepada isteri adalah:

1. Makanan
2. Barang-barang dapur
3. Pakaian
4. Tempat tinggal
5. Alat-alat untuk membersihkan diri
6. Barangan rumah
7. Pembantu kepada isteri jika sekiranya kebiasaannya isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja).

Pernah terjadi pada zaman Rasulullah seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah. Satu hari Hindun Binti ‘Utbah iaitu isteri kepada Abu Sufyan datang menemui Rasulullah untuk mengadu perihal suaminya.

“Sesungguhnya Abu Sufyan ini seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi nafkah yang mencukupi untuk aku dan anakku. Kalau pun cukup disebabkan aku ambil daripada hartanya tanpa pengetahuannya. Adakah perbuatanku itu salah?. Sabda Rasulullah saw : ambil lah daripada hartanya dengan cara yang baik yang cukup untuk engkau dan anak engkau.” Riwayat al-Bukhari (2211) dan Muslim(4574)

Dapat disimpulkan bahawa jika seorang suami mampu memberi nafkah yang cukup kepada isteri tanpa ambil mudah tanggungjawab dan keperluan isi rumah, maka isteri tidak dibenarkan mengambil duit suami.

Sekiranya si suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik maka dibolehkan untuk mengambil duit suami bagi mencukupi kadar seharian.

Tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak dianggap dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi SAW yang berikut.

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ

Maksudnya: “Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.” (HR Abu Daud).

Baca juga: “Alam Nashrok Like A Sword Rock” – Hukum Persenda Ayat Al-Quran Sebagai Hiburan

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×