Jom kita beramai-ramai ke Setia EcoHill, Semenyih pada hari Sabtu, 4 Jun 2016 ini dari jam 10pagi sehingga 9malam. Ada bermacam-macam aktiviti menarik yang disediakan seperti berikut:
House of Tricks
Pernahkah anda ke Upside Down House atau pun Rumah Terbalik? Kini anda tidak perlu pergi jauh untuk mengambil gambar yang penuh dengan ilusi seperti di bawah:

Lukisan di dinding dalam proses pembikinan

Comel sungguh karektor ini!

Lagi lukisan dalam proses pembikinan

Eh, Mr Bean pun ada?
Ia merupakan muzium mini seni 3D yang akan dibuat di salah sebuah Rumah Contoh Setia Ecohill. Binaan tersebut akan disediakan sepanjang sebulan untuk semua pengunjung.
Tanda akan disediakan bagi memastikan gambar diambil dari sudut yang terbaik.
Alice Little Big World
Anda suka dengan dunia fantasi Alice in Wonderland? Mari alaminya di Setia EcoHill di mana sebuah taman akan didirikan yang berdasarkan kepada cerita fantasi tersebut, seperti mana di dalam filem. Bunga ros dan cendawan yang sangat besar akan membuat anda berada di dalam persekitaran yang menakjubkan.
Juga terdapat sebuah ‘maze’ yang boleh membuatkan anda tersesat di dalamnya.

Ada bunga yang cantik!

Siapa yang tak suka bunga?

Banyaknya cendawan!

Sudahlah banyak, besar pula!

Kalau bawa kanak-kanak, pasti mereka teruja!
Upacara Perasmian
Kemuncaknya adalah sewaktu upacara perasmian Setia EcoHill di mana sebuah perarakan akan dijalankan dengan watak-watak fantasi yang anda pasti kenal seperti di atas.
Anda juga berpeluang untuk bergambar bersama-sama dengan mereka.
Paluan dram akan turut mengiringi bagi memeriahkan suasana sewaktu perasmian.
Gerai Makanan Tempatan Pun Ada
Terakhir sekali, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis makanan setelah penat berjalan dan bergambar.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk alami semua ini di Setia EcoHill, Semenyih!
[box type=”info” align=”” class=”” width=””]
Setia EcoHill 2 tidaklah jauh. Terletak hanya 2km dari Setia EcoHill. Jualan untuk unit Setia EcoHill akan dilancarkan pada bulan Jun 2016 ini. Rumah contoh Setia EcoHill 2 juga sudah siap untuk dikunjungi.
(Koordinat GPS: 2.924088, 101.844021)
Tempat: Setia EcoHill 2, Semenyih
Tarikh: Sabtu, 4 Jun 2016
Masa: 10pagi – 9malam
Ada bermacam-macam aktiviti menarik yang disediakan seperti berikut:
1. House of Tricks
2. Alice Little Big World
3. Upacara Perasmian
4. Gerai Makanan Tempatan[/box]