Asuh

‘Alert’! Ibubapa Perlu Tahu Cara Betul Guna Bedak Talkum Untuk Anak-Anak

85
SHARES

Sebelum ini ada huru-hara mengenai isu pemakaian bedak talkum dalam kalangan kanak-kanak dimana berlaku kesan sampingan terhadap kulit dan kesihatan selepas pengunaan. Namun, masih ramai dalam kalangan ibubapa yang masih tidak ‘alert’ dengan keadaan ini dan terus menggunakan bedak talkum untuk anak-anak. Begitu juga dengan perkongsian si ayah ini yang menceritakan pengalaman anak mengalami masalah kesihatan selepas menggunakan bedak talkum. Bahaya!

MAAFKAN AYAH MAYA… AYAH TAK TAHU…

Sebelum tidur Maya buat muka mengada,

“Ayah, ayah, Maya cantik tak?”

Ayah yang baik, mengiyakan sahajalah. Maya ambil bedak lalu disapunya ke muka. Sebelum tidur. Itulah rutinnya yang dulu.
Saya sejenis Ayah yang beranggapan barangan di drugstore tu saya rasa semuanya selamat. Bedak je kot, aku dulu pun pakai! Sehinggalah saya perasan yang apabila Maya demam, bagi makan ubat, walaupun demamnya akan kebah 2-3 hari selepas itu tapi batuknya masih berlaku.

Something wrong…Dan saya terkejut baru baru ini pada tahun lepas heboh bedak Johnson n Johnson yang Maya selalu pakai tu teruk kena saman sebab mengakibatkan cancer ovari! Sejak saya tahu kes itu, terus saya tak bagi Maya pakai!

Actually kalau diteliti kes JnJ tu punca kenapa ramai yang saman mereka adalah mereka gagal mempamerkan BAHAYA DAN CARA YANG BETUL MENGGUNAKAN BEDAK MEREKA SEHINGGA ADA YANG MEMAKAI BEDAK JNJ DI BAHAGIAN SULIT SETERUSNYA AKAN MENGAKIBATKAN CANCER OVARI. Saya highlight supaya bagi faham. Bedak yang mempunyai bahan talc didalamnya memang boleh mendatangkan bahaya jika tidak digunakan dengan betul. Ini tips kalau anda masih berdegil nak pakai bedak JnJ kepada anak anda.

TIPS KALAU NAK PAKAI BEDAK UNTUK ANAK

-Elak pakai dibahagian muka dan alat sulit

-Jangan letak dalam lampin anak!

-Tuang bedak di tangan anda dulu sebelum sapu dibadan

-Elakkan anak bermain bedak!

Kalau anda nak selamat, terus ELAKKAN TALC BABY POWDER! Ada pilihan lain boleh digunakan selain bedak talc ni. Cari yang FREE talc untuk keselamatan anak kita. Saya rasa ramai lagi ibubapa yang JAHIL dengan bedak ni. Kita dibesarkan dengan bedak, memang susah nak tanam dalam kepala yang bedak ni bahaya sebenarnya.

http://www.readersdigest.ca/

Kalau anda perasan packaging baru JnJ memang dia akan selitkan bahaya bedak mereka untuk kanak-kanak, tapi untuk packaging yang lama termasuk yang ada kat rumah saya tu, memang tak dinyatakan. Sebab itu sebagai pengguna, kita kena prihatin akan benda macam ni. Sentiasalah up to date.

Selamat menjadi pengguna bijak!

Sumber : Faridzul Asyraf Mat Arifin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×