40 Minggu

Alami Masalah Kencing Pedih Selama 7 Minggu, Rupanya Mengandung Luar Rahim

19
SHARES

Hajat memiliki zuriat bagi pasangan suami isteri merupakan satu perkara biasa dan sudah tentunya dengan kehadiran cahaya mata dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Namun tidak semua orang diberi rezeki untuk memilik anak dan perlu menghadapi pelbagai rintangan. Hal ini sama seperti perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Facebooknya di mana seorang wanita mengandung luar rahim selama 7 minggu.

Baca juga: Haid Tak Teratur & Sukar Hamil? Anda Mungkin Mengalami Masalah PCOS!

ALAMI MASALAH KENCING PEDIH, RUPANYA MENGANDUNG LUAR RAHIM

Menurut Dr Izzat, seorang wanita datang dan memberitahu dia mengalami masalah kencing pedih dan berlarutan selama 7 minggu. Jelasnya, wanita tersebut sudah dua bulan tidak haid tetapi pemeriksaan yang dilakukan di klinik tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hamil.

“Period saya last bulan 5. bulan 6 dan 7 tak dtg period” 

“Ohhh? Awak dah check urine pregnancy test?” 

“Dah Dr. Dah siap scan last week kat Klinik A, pastu pegi Klinik B dan C. Memang belum nampak. Katanya masih awal. So saya tunggu lah” 

Putar obstetric wheel (kalendar obstetrik – nak tentukan berapa minggu kehamilan

“Kalau ikutkan kalendar saya ni, awak dah berusia 7 minggu lebih. Sepatutnya dah nampak janin berserta jantung baby”

Sebagai seorang doktor sakit puan, beliau tidak puas hati dan memilih untuk membuat pemeriksaan lebih mendalam. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita tersebut mengandung luar rahim.

PEMBEDAHAN DILAKUKAN UNTUK MENYELAMATKAN NYAWA IBU

Ini bermakna janin berada di luar uterus dan sudah ada dengupan jantung tetapi rahimnya kosong. Sekitar rahim ada cecair seakan darah bercampur darah beku.

So masa dia datang tu memang history suggestive of Urinary tract infection. Check urine pun memang suggestive. Jadi berpadanan dan bersesuaian lah dirawat sebagai urinary tract infection (jangkitan kuman pada salur kencing) 

Sebagai doktor sakitpuan, memang tak terlepas dari menanya mengenai period beliau. Routine sebagai doktor sakitpuan, begitulah.  

Hati memang tak sedap. Dalam fikiran dok cakap,  macam mana 7 weeks cannot see anything. This is not right. Definitely not right. Gut feeling sebagai doktor sakitpuan. 

Maka pesakit diperiksa semula, scan atas dan bawah, ternyata sangkaan tidak meleset. Janin berada di luar uterus, sudah berdegup jantungnya. Rahim kosong. Sekitar rahim sudah ada free fluid – se akan darah bercampur darah beku. Allah. Ni Ectopic pregnancy (kehamilan luar rahim) dah pecah. 

Wanita itu dikejarkan ke hospital berdekatan untuk pembedahan menyelamatkan nyawa seorang ibu dan bayi berusia 7 minggu itu sudah pecah dan tidak dapat diselamatkan.

Sumber: Facebook Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×