Famili

Aksi ‘Baby-Standing’ Undang Padah, Dr. Sheikh Muszaphar Tegur Tindakan Hairul Azreen

962
SHARES

Siapa yang tidak mengenali pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang mempunyai 2 orang cahaya mata yang comel kan? Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sememangnya mempunyai pengikut yang ramai di dalam media sosial dek kerana telatah mereka yang comel.

Terbaharu, Hairul Azreen turut berkongsikan video baby-standing Alisa dimana bayi tersebut berada dalam posisi berdiri dan kakinya digenggam. Aksi yang dipamerkan oleh ayah dan bayi berusia 4 bulan ini mendapat reaksi yang pelbagai termasuklah angkasan Negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.

Rakam Baby-Standing Alisa

Bukan pertama kali, malah Hairul juga pernah berkongsikan video menggunakan teknik yang sama bersama anak sulungnya iaitu Yusuf Iskandar ketika masih bayi. Kali ini, pelakon yang popular menerusi filem Paskal tersebut menggunakan teknik baby-standing yang sama dengan anak keduanya yang comel iaitu Alisa Aisyah.

 

View this post on Instagram

 

@thealisaaisyah 4 months #SundayisFamilyDay

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

DAPAT KOMEN DARI DR. SHEIKH MUSZAPHAR

Di sebalik mendapat pujian orang ramai mengenai ‘kekuatan’ kaki Alisa, tindakan ini juga mendapat perhatian Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Beliau meninggalkan komen mengatakan apa yang dilakukan Hairul itu adalah ‘mengunci lutut Alisa untuk membuatkannya berdiri. Keadaan itu akan ‘mengikat’ lutut di kemudian hari jika dilakukan apabila bayi tidak bersedia atau terlalu awal.

Ujarnya lagi, seseorang anak itu akan boleh berdiri sendiri apabila otot dan tulangnya sudah cukup kuat untuk berbuat demikian.

Selari dengan peninggalan komen Dr. Sheikh Muszaphar, ada juga dalam kalangan pengikut laman media sosial yang meminta penjelasan lanjut mengenai ‘baby standing‘.

KENYATAAN DARI PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Jika anda sayangkan anak, hentikan membuat aksi mengundang padah ini. Bayi hanya akan berdiri apabila otot dan tulangnya telah kuat. Melakukan aksi sebegini mengakibatkan tekanan kepada tulang kaki dan lutut , menyebabkan risiko tulang kaki membengkok.

Sekiranya bayi terjatuh, jisim kepala yang lebih berat akibatkan bayi jatuh dalam posisi terjunam. Kecederaan kepala yang serius boleh berlaku.

Bapa yang hebat, tidak perlu menunjukkan betapa sado otot mereka. Cukup dengan melindungi dan menjaga keselamatan anak.

Sumber : Dr. Sheikh Muszaphar, Hairul Azreen, Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×