Asuh

6 Tips Mudah Nak Ajar Anak Tulisan JAWI, Biar Mereka Seronok Belajar, Baru Cepat Dapat!

3
SHARES
tulisan jawi

Tulisan jawi mempunyai nilai yang sangat tinggi lebih-lebih lagi bagi orang Islam. Ia juga adalah satu identiti negara kita. Namun, jika anda perasan, penggunaannya dalam kalangan generasi kini semakin berkurang. Siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapa atau anak-anak?

Memang tulisan jawi diajar di sekolah tapi ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mendedahkan huruf jawi pada usia kecil supaya senang dipupuk kelak. Malah, ibu bapa mempunyai kelebihan untuk menarik minat anak dalam tulisan jawi memandangkan merekalah yang paling rapat dengan si kecil ini. Ikuti perkongsian penulis tips ibu bapa boleh gunakan untuk dedahkan anak dengan huruf jawi.

Baca juga: Ibu Ini Kongsi 7 Cara Ajar Anak Membaca, Tak Susah & Jangan Stres!

TIPS DEDAHKAN ANAK DENGAN TULISAN JAWI

1. Tak perlu ajar huruf jawi ikut turutan

Sebenarnya, tidak ada masalah untuk ibu bapa mengajar anak huruf yang senang dahulu seperti alif, dal atau lam memandangkan ini adalah proses pendedahan pertama buat mereka dengan huruf jawi.

Ramai bersangka huruf jawi perlu diajar mengikut turutan tetapi tidak mengapa sebenarnya jika turutan yang berlainan. Yang penting, anak cepat tangkap dan ingat satu huruf jawi hari demi hari. Lama-kelamaan pasti mereka akan semakin cekap dan seterusnya boleh menghafal mengikut turutan!

2. Guna sand tray

tulisan jawi

Sebenarnya tak perlu bazir duit beli sand tray mahal, cukup anda cari bekas bersaiz segi empat yang yang agak cetek dan leper. Kemudian isikan dengan pasir. Kan senang?

Anak boleh melukis huruf-huruf jawi menggunakan jari mereka di atas sand tray di bawah pengawasan anda. Jika ada salah, boleh terus anda betulkan.

Malah, aktiviti ini turut merangsang pergerakan motor dan sensori anak selain membantu mereka mengingati huruf jawi dengan mudah.

3, Sedia ruang khas 

tulisan jawi

Jika anda boleh memenuhkan bilik anak dengan dekorasi, apa kata kali ini sediakan ruang khas untuk dimasukkan poster huruf jawi.

Selain itu, anda boleh memberi dorongan si kecil untuk melekat hasil tulisan jawi mereka di ruangan khas tersebut. Kan menarik, apabila bilik si kecil mempunyai sudut pembelajaran mereka sendiri!

4. Guna buku-buku yang ada di rumah

Ini tips yang sering digunapakai oleh ibu bapa kerana ia sangat mudah. Ibu bapa hanya perlu menyediakan barang pembacaan buat anak seperti buku yang mengandungi tulisan jawi.

5. Storytelling

Sejurus anak semakin mahir dengan huruf jawi yang telah didedahkan melalui buku tadi, kini anda boleh mengajaknya ber-storytelling bersama-sama. Aktiviti ini dapat mengukuhkan pemahaman dan penguasan jawi mereka.

6. Flashcard

tulisan jawi

Antara cara pembelajaran yang seronok buat si kecil adalah flashcard. Anda boleh mendapatkan di mana-mana kedai buku flashcard huruf jawi ini. Jika ingin berjimat, boleh juga diy flashcard sendiri di rumah. Pasti mereka teruja!

Paling penting, jadikan proses pembelajaran itu ‘fun’ untuk anak, barulah mereka lebih bersemangat. Pastikan mereka menyebut huruf jawi supaya rupa bentuk dan sebutan yang betul akan tersemat di otak si kecil anda. Senanglah anak membaca tulisan jawi di sekolah nanti!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Playlab Classroom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×