Sihat

Air Nasi Boleh Ganti Susu Ibu? Ini 4 Kelebihannya Yang Anda Kena Tahu!

192
SHARES

“Awak kena amalkan beri anak air nasi,barulah boleh rawat demam anak tu..”

“Air nasi? Tak pernah pula saya dengar”

APA ITU AIR NASI?

http://www.weeklyhealthylife.com/

Kalau anda pernah dengar tentang petua orang dahulu, mesti anda pernah dengar tentang kebaikan air nasi kan? Air nasi atau juga dikenali sebagai air beras atau air didihan beras ini adalah berasal dari air rebusan beras putih yang separuh masak. Mungkin petua ini agak normal bagi mereka yang selalu mengamalkan gaya hidup tradisional, namun bagi ibubapa yang lebih hidup dalam keadaan moden, anda akan berpendapat bahawa cara ini agak pelik.

http://playfulbeautiful.com/

Disebabkan arus teknologi dengan adanya susu formula, lama-kelamaan pendekatan menggunakan air nasi ini makin ditinggalkan. Walaubagaimanapun, untuk pengetahuan anda air nasi masih boleh diberikan kepada bayi sebagai makanan tambahan selepas anak sudah menyusu susu ibu atau susu formula selama 6 bulan.

KEBAIKAN AIR NASI UNTUK BAYI

1. MERAWAT CIRIT-BIRIT

http://www.newkidscenter.com/

Untuk pengetahuan anda, ternyata air nasi amat sesuai untuk dijadikan sebagai penyembuh kepada cirit-birit. Normal dalam kalangan bayi atau anak yang masih kecil untuk mengalami masalah cirit-birit, salah satu kaedah rawatan adalah dengan memberi air nasi kepada mereka. Air beras membantu merawat sakit perut yang ringan dan juga membantu mengurangkan pengeluaran najis mereka. Cuba beri air beras ini kepada anak sebelum mencuba sebarang jenis ubatan lain.

2. RAWAT EKZEMA

baby.stayhealthyblog.com

Tahukah anda air nasi dapat membantu untuk merawat ekzema? Ekzema adalah kondisi kulit yang kering, gatal dan kemerah-merahan yang sering terjadi kepada bayi atau anak kecil. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan menggunakan air nasi. Ibubapa hanya perlu campur dua cawan air nasi ke dalam air mandian anak. Ternyata, air nasi dapat mengurangkan kesan gatal dan menghilangkan tompok merak pada kulit.

3. MENURUNKAN SUHU DEMAM

www.youtube.com

Bukan itu sahaja, air nasi juga dapat menurunkan suhu badan ketika demam tau! Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan masukkan 2-3 cawan air dan rebus hingga nasi separuh masak. Selepas itu, gunakan air nasi tersebut sebagai minuman kepada anak yang tengah demam. Insyaallah, suhu panas tersebut akan turun secara perlahan-lahan.

4. MEMBEKALKAN TENAGA

sg.theasianparent.com

Bukan sahaja dapat merawat pelbagai jenis penyakit, malah air nasi juga mampu untuk membekalkan tenaga untuk anak-anak! Kerap memberi air nasi kepada bayi mampu untuk membekalkan tenaga dan memberi kandungan karbohidrat yang cukup kepada bayi. Bukan itu sahaja, air nasi lebih mudah dihadam oleh bayi dan melancarkan proses penghadaman.

BUKAN PENGGANTI SUSU IBU

www.workingmother.com

Namun, perlu diingatkan kepada anda bahawa air nasi ini bukanlah sebagai pengganti kepada susu ibu atau susu formula. Menurut WHO juga, ibu yang menyusukan anak sepanjang 6 bulan pertama selepas anak dilahirkan, anak tersebut mempunyai kadar nutrisi yang cukup dan terbaik.

Bukan itu sahaja, penting juga untuk ibubapa berjumpa dengan pakar dahulu untuk mengesahkan jika anak mempunyai alergi atau tidak terhadap air beras ya!

Sumber: Momjuction

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×