Sihat

Aduh! Kenapa Setiap Pagi Mesti Sakit Kepala? Rupanya Ini 7 Sebabnya!

179
SHARES

“Aduh, bangun pagi je mesti sakit kepala. Padahal semalam tidur ok je” 

“Pagi-pagi dah sakit kepala, macam mana nak drive pergi kerja ni”

Kalau setiap pagi nak sakit kepala ni susah juga kan? Anda selalu tak menghadapi situasi sebegini? Kalau selalu, inilah sebabnya yang anda perlu tahu !

giphy.com

7 PERKARA YANG MENYEBABKAN ANDA SAKIT KEPALA PADA WAKTU PAGI

1. Tak cukup tidur

http://www.oprah.com/

Tubuh kita memerlukan sebanyak 7 hingga 8 jam tidur dalam masa sehari. Jadi, bila kita mendapat tidur yang kurang dari jam tersebut, mula lah badan nak buat hal. Kadang-kadang kita akan rasa sakit kepala dan mata pun mula pedih dan berair. Anda mungkin tak perasan bahawa sebenarnya anda mempunyai waktu tidur yang kurang kerana sudah terbiasa tidur pada lewat malam kan? Jadi, kalau ada tanda-tanda pening/sakit di waktu pagi sebegini, ini bermaksud anda perlu tidur dengan secukupnya.

2. Terlebih tidur

http://www.careergirldaily.com/

Kalau dah cukup tidur pun masih sakit kepala pada waktu pagi, apa lagi sebabnya? Ha, anda mungkin fikir dapatkan tidur yang cukup adalah situasi untuk anda tidur selagi mata yang mengantuk tu tak hilang kan? Salah sebenarnya. Kalau seharian terperap di atas katil dan ‘membuta’ saja akan menyebabkan anda berasa sakit kepala pada waktu pagi. Oleh itu, cara untuk hilangkan rasa pening/sakit ini adalah anda perlu kembali mendapatkan waktu tidur seperti sediakala.

3. Kadar endorphins menurun

http://www.tantasalute.it/

Endorphins atau ‘hormon kebahagiaan’ adalah hormon yang dapat membantu anda untuk merasa tenang. Bila hormon ini berada pada tahap yang rendah, mulalah nak sakit kepala. Pening kepala pada waktu pagi atau migrain akan menjadi kebiasaan apabila kadar endorphine berada pada tahap yang rendah. Oleh itu, cuba amalkan memakan coklat untuk meningkatkan kembali perasaan tenang dan dapat menghilangkan migrain tu.

4. Berdengkur pada waktu malam

http://www.farfesh.com/

Jaga-jaga bila selalu berdengkur pada waktu tidur kerana anda mungkin menghidapi gejala ‘sleep apnea’. Selalu berdengkur pada waktu malam akan menyebabkan otak anda kekurangan oksigen dan inilah yang akan menyebabkan anda akan mengalami sakit kepala pada waktu pagi. Kalau keadaan berlanjutan dalam masa yang lama, anda dinasikatkan untuk berjumpa dengan pakar untuk diagnos masalah sleep apnea dan sakit kepala.

Rujuk : Anda Selalu Berdengkur Ketika Tidur? Awas, Ini Mungkin Puncanya!

5. Tak minum kopi pada waktu yang sepatutnya

http://www.substance.com/

Siapa ‘coffee addict’ dekat sini? Buat anda yang memang kena minum kopi pada setiap pagi tu, kalau sehari dah tak minum kopi, mesti sakit kepala kan? Hal ini kerana, jika anda tidak minum kopi dalam jangka masa yang anda selalu amalkan, terlambat sedikit dari waktu yang selalu minum tu, memang akan sakit kepala. Ini kerana badan anda sudah terbiasa dengan amalan tersebut. Cara untuk kurangkan ‘ketagihan’ terhadap pengambilan kafein adalah jangan berhentu secara mengejut, sebaliknya kurangkan jumlah kekerapan minum kopi tu.

6. Anda sedang mengalami kemurungan

http://www.tvm.com.mt/

Kemurungan amat berkait rapat dengan sakit kepala. Hal ini kerana, kemurungan akan menyebabkan kadar hormon ‘serotonin’ berada dalam keadaan rendah. Anda kena tahu bahawa kemurungan berlaku bukan sahaja disebabkan masalah perasaan, malah gangguan waktu tidur, tekanan di tempat kerja dan masalah berdengkur juga akan menyebabkan kemurungan tau. Cara yang mudah untuk menghilangkan masalah kemurungan ini adalah dengan menjalana terapi minda atau lakukan aktiviti dimana anda boleh bersosial. Barulah setiap pagi tak rasa sakit kepala dan nak pergi kerja pun bersemangat!

7. Tekanan darah tinggi

http://www.healthline.com/

Tekanan darah meningkat tinggi adalah salah satu sebab kenapa anda mengalamo sakit kepala pada waktu pagi. Hal ini kerana, tekanan darah akan memberikan tekanan yang kuat kepada sistem di dalam kepala dan menyebabkan sakit kepala berlaku. Ramai penghidap darah tinggi mungkin tidak menyedari masalah ini kerana simptom ini tidak kerap berlaku. Namun, jika dalam kebelakangan ini sakit kepala di waktu pagi menjadi kebiasaan, jangan ambil lewa ya. Sila dapatkan rawatan dari pakar tentang masalah tersebut.

* Sama-sama kita check tengok, ada tak semua tanda-tanda ini. Kalau dah hilang sakit kepala pada waktu pagi tu, maknanya dah ok la tu!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×