Rakyat

Ada Kesan Calar & Sakit Kemaluan, Suami Pengasuh Ditahan Cabul Kanak-Kanak 2 Tahun

18
SHARES
taska terbaik

Saban hari kita mendengar laporan di laman media sosial melibatkan kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan. Terbaharu di Putrajaya, seorang lelaki melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di rumah pengasuh di Casa View, Cybersouth, Dengkil pada Selasa lalu.

Namun, tupai akhirnya jatuh ke tanah dan mengundang padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Baca juga: Ini Contoh Taska/Pengasuh Yang Bagus, Mak Ayah Kena Alert!

KANAK-KANAK ALAMI KESAKITAN DI BAHAGIAN KEMALUAN

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, polis menerima laporan daripada doktor di Hospital Putrajaya memaklumkan menerima pesakit kanak-kanak yang mengalami kesakitan di bahagian kemaluan.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, kanak-kanak itu ditemani ibunya dan kejadian dilaporkan berlaku pada Isnin selepas kanak-kanak itu mengadu sakit di bahagian kemaluan ketika diambil dari rumah pengasuh pada 6.30 petang.

Katanya, ibu mangsa sudah diambil keterangan dan mengesahkan anaknya dihantar ke rumah pengasuh pada hari kejadian dan anaknya turut memberitahu perbuatan itu dilakukan oleh suami pengasuh.

“Suami pengasuh berusia 25 tahun ditahan pada 5 petang hari ini dan suspek adalah pembantu pengasuh serta masih belum mempunyai anak,” katanya.

Wan Kamarul berkata, siasatan awal mendapati terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter pada kemaluan mangsa namun tiada koyakan. Menurutnya, doktor yang memeriksa juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada mangsa terbabit.

“Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×