Hebahan

Ada 3, Kulit Mesti Cerah Berseri Bersama Nanowhite

1
SHARES

Teknologi pencerahan kulit baharu yang meneutralkan radikal bebas yang berbahaya

Berita baik! Nanowhite telah melancarkan produk 3 Lengkap Sempurna untuk kulit kekal lebih cerah, halus dan berseri serta-merta.

Ia menjadi kenyataan dengan 3 produk baharu nanowhite – nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream, nanowhite Skin Renewing Aqua Gel dan nanowhite Intensive Brightening Mask. Produk-produk ini adalah produk baharu yang akan melengkapi produk rangkaian asas pakar pencerahan kulit.

nanowhite-double-action-whitening-gel-cream

Bosan dengan kulit menjadi lebih gelap dan kusam walaupun anda sentiasa melakukan rutin penjagaan kulit anda? Kini nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream boleh membantu kulit anda kekal lebih bersama nanowhite Super Antioxidant™ dengan kapsul unik yang mengandungi intipati Vitamin E dan C.

“Mendapatkan kulit yang cerah dengan segera adalah mudah. Tetapi yang sukarnya adalah bagaimana untuk mengekalkan kecerahan itu,” kata Vicky Lim, Ketua Pemasaran Tohtonku Sdn Bhd.

Mengekalkan tona kulit yang cerah dan sekata adalah mencabar kerana faktor persekitaran yang menjadi punca kerosakkan kulit wajah.

“Kita sentiasa dikelilingi radikal bebas yang mengoksidakan sel-sel kulit. Ini menjadikan proses pencerahan kulit terganggu dan kulit menjadi lebih kusam. nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream dirumus khas untuk mengatasi permasalaham ini. Apabila menggunakannya, kapsul nanowhite Super Antioxidant™ dengan Vitamin C dan E dibebaskan untuk meneutralkan radikal bebas, sekali gus melindungi keserian kulit kita,” jelas Lim.

Ini membolehkan keberkesanan maksimum, sekali gus menggandakan kesan pencerahan itu. Selain daripada mengekalkan pencerahan kulit, produk ultra-ringan dan mudah diserap ini juga mengurangkan kehadiran bintik-bintik hitam.

nanowhite-skin-renewing-aqua-gel

Kulit yang cerah lebih baik apabila kelihatan lebih halus dan segar. Ini adalah dimana nanowhite Skin Renewing Aqua Gel memberi keberkesanannya. Gel pengelupasan kulit menanggalkan bintik-bintik hitam dan sel kulit mati secara lembut, menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut bak sutera.

nanowhite-intensive-brightening-mask

Sentuhan terakhir untuk kulit berseri adalah mengekalkan kelembapan. nanowhite Intensive Brightening Mask buatan Korea mengandungi ekstrak semula jadi yang memberi kesan pencerahan dan penghidratan serta-merta, menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan berseri.

Ketiga-tiga produk ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan menggabungkan produk-produk ini ke dalam rutin penjagaan kulit, Juliana Evans gembira melihat kulitnya lebih berseri berbanding sebelum ini. Duta jenama nanowhite, juga merupakan seorang pelakon, model dan personaliti TV, percaya dengan produk ini, ia  membantunya tampil berseri dan cantik di hadapan kamera setiap hari.

“Dengan berbagai komitmen yang perlu saya uruskan, jadual harian saya sangat padat. Kadang-kadang saya terlalu letih dan terpaksa skip rutin penjagaan kulit saya. Tetapi saya tahu saya perlu melindungi kulit saya kerana saya selalu melakukan pengambaran di luar dan kulit saya terdedah dengan berbagai faktor persekitaran yang menyebabkan kulit saya menjadi kusam. Disebabkan itu, saya selalu berharap untuk mencari produk penjagaan kulit yang mudah digunakan dan kesan yang berkekalan, nanowhite adalah impian menjadi nyata!” kata Juliana.

nanowhite-triple-treats_bm

Menurut Juliana, hanya dengan tiga langkah menggunakan produk Double Action Whitening Gel-Cream, Skin Renewing Aqua Gel dan Intensive Brightening Mask nanowhite sudah mencukupi untuknya mendapat kulit cerah dan berseri yang diingini.

“Saya sangat menyukai nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream! Ia benar-benar mencerahkan kulit saya dan kesannya tahan lama. Saya tidak perlu lagi bimbang tentang kulit kusam. Yang paling penting, gel krim ini tidak melekit dan sangat ringan, jadi saya boleh sapukannya pada waktu siang atau malam tanpa sebarang kerisauan – sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai jadual yang sibuk dan tidak menentu seperti saya!” jelas Juliana.

Seperti semua produk nanowhite yang lain, tiga formula baru ini padat dengan teknologi luar biasa yang dipanggil “Nano Skin-happy“. Dengan teknologi ini, nanowhite adalah satu-satunya rangkaian penjagaan kulit dengan Endorfin ‘happy’ yang membuka liang-liang roma untuk penyerapan yang lebih baik, serta molekul nano yang 1000 kali lebih halus untuk terus diserap masuk jauh ke dalam kulit. Dengan bantuan Omega White-C, ia membolehkan bahan pencerah diserap dengan lebih cepat dan berkesan dari dalam.

nanowhite-triple-treats-key-visual_v1

Hilangkan kulit kusam dan dapatkan kulit halus dan cerah yang berkekalan. nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream boleh didapati di kedai-kedai terkemuka pada harga RM39.90 untuk setiap satu 40ml. Skin Renewing Aqua Gel dijual pada harga RM44.90 bagi setiap botol 140ml dan harga Intensive Brightening Mask adalah RM8.90 setiap satu.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang produk nanowhite, layari laman Facebook di www.facebook.com/nanowhite.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×