Baru-baru ini selesai sudah sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-67 di Dataran Putrajaya. Tahun ini, dilaporkan hampir 100,000 orang pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan tersebut. Sudah pastinya di sebalik menunjukkan perasaan bangga sebagai rakyat merdeka, ramai juga ternanti-nanti perarakan dari abang bomba viral!
Malah, kali ini rakyat ‘disajikan’ lebih banyak abang-abang ‘sado’ dari unit yang lain seperti JPJ, TUDM dan JPAM. Namun, ada juga dalam kalangan netizen yang mengatakan pertunjukan badan sebegini tidak perlu dan jangan diteruskan? Macam mana ya?
Baca juga: Berjaya ‘Tawan’ Hati Puteri Raja, Ini Serba Sedikit Trivia Tentang FD Idzham FD Iskandar
PERTUNJUKAN ABANG BOMBA VIRAL, DAN ANGGOTA LAIN YANG SADO DIANGGAP TIDAK PERLU?
Menerusi laman Facebook milik OMG Hackers, ada satu luahan yang dibuat mengenai sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini apabila abang-abang ‘sado’ menjadi tumpuan utama. Ada yang mengatakan ini semua tidak perlu?
“Saya tak rasa pertunjukan sado dan pickup lines sesuai untuk sambutan Hari Kemerdekaan. Sexual objectification bukan budaya kita. Ada banyak cara untuk tunjukkan kegagahan dan keperkasaan. Dulu perarakan kemerdekaan kita tak ada slot tayangan badan sado pun. Tapi kita tetap nampak peserta perarakan kita sangat perkasa. Saya ingat lagi perarakan anggota keselamatan memikul alatan kelengkapan mereka. Nampak sungguh macho dan perkasa sekali.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang beranggapan bahawa segala pertunjukan menayang badan ini tidak ada kena mengena dengan erti kemerdekaan. Malah, dijadikan sebagai ‘objek seksual’ pula untuk tontonan ramai.
“Indeed… Kalau compare Hari kemerdekaan negara-negara lain mereka tak tunjuk benda-benda itu semua.. i know kita nak buat kelainan, tapi jangan jadikan benda tu sebagai amalan atau budaya yang membuatkan orang lain nampak kita takda identiti.”
“Dah setuju dari awal dipersembahkan perkara ini beberapa tahun lepas. Bukan budaya kita itu satu perkara, malah ia langsung tiada kaitan dengan maksud kemerdekaan itu sendiri.”
SEHARI INI JE TAK SERIUS DENGAN KERJA…
Namun, di sebalik segala komen negatif yang meminta supaya pertunjukan ini tidak dilakukan untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun hadapan, ada juga komen dari netizen untuk anda berfikiran positif.
“364 hari diorang ni serius bekerja, 1 hari saja untuk take a break terus kene cop macam-macam. Yang kecam tu Melayu pulak tu, sebab itu orang kecam Islam ini agama ekstremist semua benda tak boleh tapi tunggang agama boleh pulak..”
*Jika dipandang dari sudut positif, mungkin tiada masalah dengan segala pertunjukan ini bagi memupuk semangat ingin tahu dalam kalangan generasi muda tentang pasukan keselamatan negara. Mungkin ini jadi tapak mencungkil minat dalam kalangan anak-anak untuk jadi anggota bomba, askar dan sebagainya. Tak perlu nak anggap semua benda sebagai tarikan seksual ya!
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: OMG Hackers,