Kini Trending

Abang Bomba Viral Bakal ‘Panaskan’ Karnival Jom Heboh Di Terengganu!

1
SHARES

Berita baik untuk orang Terengganu, kemeriahan Karnival Jom Heboh bakal diteruskan di tempat anda!

Karnival Jom Heboh bakal berlangsung pada 7 dan 8 Oktober 2022 ini, bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus, Terengganu dengan banyak aktiviti menarik menanti anda!

Baca juga: Persatuan Seni Silat Panji Laksamana Bakal Gegarkan Karnival Jom Heboh Di Terengganu!

SIRAPLIMAU BAWA ABANG BOMBA KE KARNIVAL JOM HEBOH!

Mesti anda pernah menyaksikan video viral yang memaparkan sekumpulan abang bomba yang ‘sado’ semasa perarakan sambutan Kemerdekaan Ogos lepas bukan? Ramai khususnya gadis-gadis sudah ‘jatuh hati’ dengan ketampanan abang bomba dan banyak stesen televisyen dan radio sudah menjemput mereka.

Oleh itu, buat anda yang nak isi masa lapang ketika hari cuti boleh datang ke Karnival Jom Heboh kerana Siraplimau akan bawakan team abang-abang bomba dari Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia pada hari Sabtu (8 Oktober) seawal 10 pagi! Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia yang dibawakan khas ini akan membincangkan tentang isu keselamatan dan akan ada juga demonstrasi memadam kebakaran. Wah!

BOLEH MENANG BANYAK HADIAH!

Nak menang hadiah menarik daripada Siraplimau? Jangan lupa sertai kedua-dua sesi dan anda berpeluang bawa pulang hadiah istimewa barangan eksklusif Siraplimau & Media Prima. Tak dapat dekat tempat lain tau!

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk bawa seisi keluarga datang ke Karnival Jom Heboh Terengganu! Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.jomheboh.com.my atau layari laman media sosial Facebook dan Instagram @JOMHEBOHOFFICIAL . Jangan lupa juga untuk like dan follow Instagram @mysiraplimau dan Facebook Siraplimau okay! #karnivaljomheboh #KJH

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×