Hebahan

Lebih Mudah Disinfeksi Barang Dengan Peluntur DEPEX, Mak-Mak Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah.

11.4K
SHARES

Berikutan musim wabak yang menular, ramai lebih peka dengan aspek kebersihan. Bukan saja kebersihan diri, malah bahagian rumah juga kena bersih dan bebas daripada kuman. Barulah keluarga aman dan selamat.

Semua sedia maklum bahawa anda boleh dijangkiti virus melalui batuk, bersin dan jika menyentuh permukaan atau objek yang tercemar. Bagaimana anda boleh atasi perkara ini?

Guna Peluntur DEPEX untuk membersih dan disinfeksi rumah anda!

Bahagian yang sering disentuh seperti tombol pintu, suis, meja dan sebagainya perlu dibersihkan dan didisinfeksi agar bebas kuman. Bahan apa yang boleh digunakan? Lebih mudah jika anda gunakan Peluntur DEPEX di rumah!

Untuk pengetahuan anda, DEPEX bukan jenama bahan pencuci biasa-biasa. Selain berfungsi untuk pembersihan, ia membantu melindungi anda seisi keluarga dengan lebih berkesan. Lain daripada yang lain!

Ramai juga yang dah guna Peluntur DEPEX di rumah. Ini antara kehebatan yang ada padanya.

Bersih & bebas kuman, bau busuk pun boleh hilang

Tak sangka! Peluntur DEPEX bukan setakat bersihkan bahagian rumah dan basmi kuman saja. Ia membantu menghilangkan bau yang kurang enak di rumah selepas satu tempoh. Senanglah kerja anda di rumah lepas ini.

Boleh putihkan lantai, singki, mangkuk tandas dan lain-lain!

Mak-mak mesti stres jika lihat bahagian rumah yang berdaki. Terutamanya lantai bilik air, singki dan mangkuk tandas. Jangan serabut, guna saja Peluntur DEPEX. Selain membersih, ia juga ada kesan pemutihan. Memang berkilat!

Tak sangka! Peluntur DEPEX hilangkan kotoran degil pada pakaian

Peluntur DEPEX juga sesuai digunakan pada pakaian bagi menghilangkan kotoran degil. Bukankah kami beritahu tadi ia ada kesan pemutihan? Kotoran degil pada pakaian anda sekeluarga akan hilang sekelip mata.

Cara mudah gunakan Peluntur DEPEX ketika musim wabak

Di sini kami sertakan cara menggunakan Peluntur DEPEX dengan betul ketika musim wabak ini. Mak-mak boleh amalkan di rumah ya.

BARANGAN RUNCIT
(barang dalam tin, bungkusan makanan, botol, kotak dan lain-lain)

  1. Pakai sarung tangan pakai buang.
  2. Campurkan 30ml cecair Peluntur DEPEX dengan 2 liter air.
  3. Rendam tuala bersih ke dalam larutan pembersih, perah sedikit dan lap pada setiap barang.
  4. Tanggalkan sarung tangan dan basuh tangan dengan segera.

PERMUKAAN MUDAH DISENTUH
(tombol pintu, meja, suis, singki, tandas, paip dan lain-lain)

  1. Pakai sarung tangan pakai buang.
  2. Campurkan 100ml cecair Peluntur DEPEX dengan 3 liter air. Lebih senang tuang dalam penyembur.
  3. Jika kotor, bersihkan dahulu permukaan yang mudah disentuh dengan sabun dan air.
  4. Semburkan larutan pembersih di permukaan yang mudah disentuh dan biarkan sekurang-kurangnya 15 – 30 minit.
  5. Tanggalkan sarung tangan dan basuh tangan dengan segera.

DOBI
(pakaian, tuala dan lain-lain)

  1. Pakai sarung tangan pakai buang.
  2. Campurkan 40ml cecair Peluntur DEPEX dengan 10 liter air.
  3. Rendam pakaian dalam larutan pembersih selama 15 minit dan basuh dengan detergen seperti biasa.
  4. Tanggalkan sarung tangan dan basuh tangan dengan segera.

Mudah saja cara menggunakan Peluntur DEPEX ni. Pastikan anda ikut cara yang kami kongsikan kerana pembersihan dan disinfeksi yang betul penting agar keluarga anda bebas daripada kuman.

Untuk info lebih lanjut tentang DEPEX, anda boleh klik mana-mana link di bawah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×