Didik

Bagaimana Nak Elak Anak Jiran Sepahkan Mainan Di Rumah Kita? Guna Tips Si Ayah Ini!

112
SHARES

“Aduh,aku baru je kemas rumah tadi, ini anak aku dengan anak si Leha la ni sepahkan barang mainan..haih”

Tiap kali anak jiran berkunjung ke rumah, semua barang mainan dalam rumah tu kalau boleh disepahkan. Dah mengalahkan anak sendiri dah. Bukan tak boleh datang bermain dengan jiran sebelah tapi kalau boleh ibubapa perlulah mendidik anak-anak tentang adab apabila berada di rumah orang kan? Apa kata cuba tips dari saudara ini tentang bagaimana beliau mengelak barang mainan bersepah di dalam rumahnya. Menarik!

www.additudemag.com

Bagaimana saya elak anak jiran dari mengambil dan elak permainan bersepah dalam rumah?

1) Memang tidak banyak permainan kat rumah. Saya tidak ajar anak ‘boros’ membeli permainan. Power rangers,atomen,robot ini semua tidak ada dalam rumah. Yang ada sekarang lego bersaiz besar(main bersama saya) sebuah lori mainan saya hadiahkan kepada anak sempena hari lahir yang ke 2 tahun. Lori permainan yang orang buang saya ambil dan betulkan. Selebihnya saya fokus kepada komunikasi,penggunaan otot,bina fisiologi beliau. Contohnya ajak anak berlari,merangkak,menconteng buku,bunyi haiwan. Ajak solat,Qasidah,menyanyi. Ajar anak bermain dengan jari tangan dan kaki.

sg.theasianparent.com

2) Pesan kepada anak jiran bawa mainan mereka datang kerumah dan main bersama. Didik mereka kongsi dan tukar permainan. Pada awalnya mereka akan berebut,ketika itulah tugas kita untuk terangkan kepada mereka ‘hak’ masing-masing.

3) Buat permainan handmade guna barangan terpakai. Contohnya kereta menggunakan kotak dan tayar dari tudung botol plastik. Didik anak cipta benda yang kreatif dan tidak membazir. Kebiasaanya apa yang mereka cipta mereka akan lebih rasa untuk menghargai.

www.pinterest.com

4) Didik anak hadiahkan permainan kepada anak jiran. Saya mulakan anak hadiahkan dan suap makanan kepada orang lain terutama kepada kita dan keluarga. Maksudnya didik anak bersedekah. Jangan didik anak untuk merasakan HAK MUTLAK semua permainan milik mereka.

5) Didik anak untuk minta izin jika mahu main permainan orang lain. Hatta untuk masuk bilik saya ajar anak ketuk pintu dan bagi salam. Didik anak jika umi solat kena ikut,kena hormat jangan lalu depan ketika solat.

http://www.bluntmoms.com/

6) Hargai mereka dengan pujian,pelukan dan ciuman. Saya selalu ucap begini kepada anak jika dia berjaya kemaskan lego,masuk bilik ketuk pintu, bagi salam,ambil baju sendiri,berjaya makan sayur,makan buah. Muhammad afiq anak soleh,anak baik,anak bertuah,anak Allah dan Rasul sayang dan angkat tangan ajak anak berdoa sama-sama,doa dengan sebutan yang jelas.

http://ibu-zahraa.blogspot.my/

*Jangan lupa, didik juga anak kita supaya bila ke rumah jiran tu, tak adalah mereka selalu sepahkan rumah orang dengan mainan kan? Percayalah anak-anak akan terdidik jika kita mulakan perkara yang baik bersama mereka. Moga bermanfaat.

Sumber: Muhammad Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×