Pulau Pinang tersenarai di tempat ke-4 di dalam 10 Bandar Lonely Planet bagi kategori Terbaik di dalam Pelancongan 2016, akan menjadi negeri ke-4 di Malaysia yang akan menjadi tuan rumah Persidangan Pelancongan Dunia 2016 (WTC 2016) dari 17-19 Oktober 2016 selepas Melaka (2013), Kota Kinabalu (2010) dan Kuala Lumpur (2007).
Tersenarai sebagai Tapak Warisan Kebudayaan Dunia UNESCO sejak 2008, George Town di Penang telah dipilih sebagai lokasi WTC 2016. Ibu negeri Pulau Pinang ini menerima ramai pengunjung dari seluruh dunia yang ingin merasai keunikan seni bina, yang tidak terdapat di tempat lain di Timur dan Tenggara Asia.
Persidangan tersebut dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO). Tiada sebarang yuran dikenakan bagi mereka yang berminat untuk hadir di dalam persidangan tersebut.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari laman web rasmi persidangan di http://www.wtc2016malaysia.com. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Sekretariat melalui emel di [email protected].