Selepas sah bergelar suami isteri, kehidupan baharu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah terus menjadi perhatian ramai.
Pasangan ini bukan sahaja menerima ucapan tahniah daripada peminat, malah turut mencuri perhatian menerusi perkongsian momen mesra bersama keluarga.
Baca juga: “Badan Berasap”- Baru Dapat Dua Ekor Ikan, Ziad Maut Dipanah Petir Ketika Nak Pulang Dari Memancing
BELLA ASTILLAH & SYED SADDIQ LUANG MASA BERSAMA

Terbaharu, Syed Saddiq berkongsi suasana di rumah selepas dipercayai pulang daripada menghadiri urusan di Parlimen. Menerusi hantaran di Instagram, Ahli Parlimen Muar itu dilihat meluangkan masa bersama dua anak tirinya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq kelihatan terhibur melihat gelagat kedua-dua anak tirinya yang sedang berbaring di atas kerusi urut.
Walaupun mempunyai jadual kerja yang padat, beliau tetap mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga bagi merehatkan minda sebelum kembali menjalankan tanggungjawab pada keesokan harinya.
Malah, Syed Saddiq turut berseloroh mengenai aktiviti bersama keluarga itu yang disifatkannya sebagai ujian kecergasan versi keluarga.
“Balik parlimen, terus kena buat fitness test versi Keluarga. Nanti turn saya bahas Belanjawan 2027. Lepaskan stress dulu dengan keluarga supaya tenang sahaja nanti,” ujarnya.
Perkongsian berkenaan memperlihatkan sisi santai Syed Saddiq ketika berada di rumah, berbeza daripada kesibukannya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
Warganet tumpang gembira

Dalam pada itu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pengguna media sosial, khususnya menerusi platform Threads.
Ramai yang meluahkan rasa gembira melihat kehidupan baharu Syed Saddiq bersama Bella dan kedua-dua anaknya. Gelagat Ayden dan Ara yang bersahaja turut menghiburkan netizen.
Untuk rekod, Bella Astillah dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan pada 10 Oktober lalu dengan sekali lafaz pada jam 10.40 pagi, dalam sebuah majlis bertemakan Islamic Arabic.
Majlis berkenaan dihadiri seramai 255 jemputan, termasuk ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Semoga rumah tangga yang dibina pasangan ini terus dilimpahi kebahagiaan dan keharmonian, sekali gus membawa sinar baharu buat mereka sekeluarga.
Baca juga: Nampak Najis Anak Macam Jeli Merah Bercampur Darah? Mak Ayah, Ini Tanda Usus Si Kecil Dah Rosak!
Sumber: Instagram Syed Saddiq
