Euforia Bola 2026
Dapur

Ada Isu Bau & Rasa Pelik, Bubble O2 Tarik Balik Pengeluaran 14 ‘Batch’ & Ini Kod Untuk Pengguna Semak

Bubble O2

Susulan aduan pengguna mengenai bau dan rasa luar biasa pada produk minuman, Bubbles O2 mengumumkan penarikan balik secara sukarela bagi 14 kod batch pengeluaran terpilih yang dikenal pasti berpotensi terjejas.

Menerusi kenyataan rasmi di Threads, pihak syarikat memaklumkan tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar isu berkenaan.

Baca juga: Asyik Terbayang ‘Osmanthus Milk’ Air Tangan Luke Dalam C-Drama Viral The Early Spring? Ini Resipinya!

SENARAI 14 ‘BATCH’ PENGELUARAN BUBBLE O2 DITARIK BALIK

Bubble O2

Gambar Bubble O2.

Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati kandungan air Bubbles O2 secara umumnya kekal selamat untuk diminum, manakala isu yang dilaporkan dipercayai mempunyai kaitan dengan proses pembungkusan dan bukannya kandungan air itu sendiri.

Menurut kenyataan syarikat, produk yang dikenal pasti setakat ini melibatkan tempoh pengeluaran antara 7 September hingga 22 September 2026.

Berikut merupakan senarai kod batch yang perlu disemak oleh pengguna:

Bubble O2

Walau bagaimanapun, pihak Bubbles O2 menjelaskan bahawa penarikan balik ini tidak bermakna semua botol daripada batch berkenaan mengalami masalah. Sebaliknya, ia hanya melibatkan unit tertentu yang sedang dikenal pasti dan diperiksa dengan lebih lanjut.

Semakan terhadap produk daripada tempoh pengeluaran terdahulu pula tidak menunjukkan isu sama berdasarkan penilaian semasa.

Baca juga: Stresnya Ketuk-Ketuk Tak Keluar! Ini 7 Petua Elak Serbuk Lada Berketul & Keras Dalam Botol

Apa perlu buat jika air berbau atau rasa pelik?

Pengguna yang mendapati sebarang perubahan luar biasa pada keadaan, bau atau rasa air minuman dinasihatkan supaya tidak mengambil produk tersebut dan segera menghubungi pihak syarikat.

Bubbles O2 turut memaklumkan bahawa bantuan termasuk pemeriksaan dan penggantian produk akan diberikan sekiranya diperlukan.

Dalam kenyataan sama, pihak syarikat menegaskan komitmen mereka untuk menyiasat punca sebenar serta mengambil tindakan pembetulan sewajarnya.

“Kami mengambil maklum mengenai isu yang dibangkitkan baru-baru ini dan perkara tersebut kini sedang dalam siasatan lanjut oleh pasukan kami. Kepercayaan dan keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata kenyataan tersebut.

Pengguna yang mempunyai produk terjejas boleh mengemukakan maklumat menerusi pesanan mesra (Direct Message) di platform media sosial rasmi Bubbles O2 atau menghubungi Khidmat Pelanggan (Customer Care) di talian 019-238 9858 bagi urusan semakan serta penggantian produk.

Pihak syarikat turut memaklumkan bahawa proses pemeriksaan, pengeluaran dan kawalan kualiti akan terus diperkukuh bagi memastikan standard produk sentiasa terpelihara.

 

Lihat di Threads

 

Sumber: Threads @bubbleso2

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×