Euforia Bola 2026
Didik

Bakat Dah Ditampilkan, Kini Masa Untuk Undi! 20 Bintang Cilik Rebut Gelaran Juara Pentas Little Star 2026

KEMPEN PENTAS LITTLE STAR

Kempen Pentas Little Star 2026 kini melangkah ke fasa seterusnya apabila 20 kanak-kanak berbakat dari seluruh Malaysia berjaya terpilih untuk meneruskan saingan dalam merebut gelaran juara.

Menampilkan pelbagai bakat menarik, kesemua Bintang Cilik ini hadir dengan keunikan masing-masing termasuk kebolehan dalam bidang nyanyian, tarian, permainan alat muzik, bercerita, pidato dan pelbagai lagi.

Baca juga: “Cer Ambik Gambo” – Ucapan Sultan Perak Ketika Di MAHA Cuit Hati Rakyat, Pekat Betul Loghat Tuanku!

KEMPEN PENTAS LITTLE STAR MASUK FASA KEDUA, JOM UNDI

KEMPEN PENTAS LITTLE STAR

Kini tiba masanya orang ramai memainkan peranan dalam menentukan siapakah yang paling layak dinobatkan sebagai juara Pentas Little Star 2026.

Undian telah dibuka bermula 11 September sehingga 23 September 2026, memberikan peluang kepada orang ramai untuk memilih dan memberikan sokongan kepada Bintang Cilik kegemaran mereka.

Setiap undian bukan sekadar menentukan kedudukan peserta, malah menjadi tanda sokongan kepada anak-anak ini yang berani tampil ke hadapan untuk berkongsi bakat dan kebolehan mereka.

Sudah ada peserta yang berjaya menarik perhatian anda? Inilah masa untuk tunjukkan sokongan! Peserta yang berjaya meraih gelaran juara bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 serta barangan eksklusif Sirap Limau

KEMPEN PENTAS LITTLE STAR

Orang ramai boleh mengenali kesemua 20 peserta, menonton persembahan mereka dan memberikan undian kepada peserta pilihan menerusi laman rasmi Pentas Little Star di www.siraplimau.com/pentaslittlestar

Ayuh bersama-sama menyokong bakat muda Malaysia dan berikan peluang kepada bakat cilik pilihan anda untuk melangkah lebih jauh dalam Pentas Little Star 2026.

Untuk perkembangan terkini mengenai Pentas Little Star, layari www.siraplimau.com/pentaslittlestar dan ikuti Sirap Limau di semua platform media sosial rasmi @mysiraplimau.

Baca juga: “Lupakan Ayah, Hiduplah Bahagia…” – Peter Pan Dad ‘Pergi’ Selepas Berjaya Cari Tempat Tinggal Untuk Anak Autisme

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×