Euforia Bola 2026
Nur

Kos Haji 2027 Kekal Untuk Tahun Keempat, Ini Senarai Penuh Bayaran Bagi B40, M40 Dan T20

KOS HAJI 2027

Kos Haji 2027 kekal RM33,300 seorang, namun jumlah yang perlu dibayar jemaah berbeza mengikut kategori pendapatan. Bagi B40, M40 dan T20, ini senarai penuh bayaran haji yang perlu diketahui bakal jemaah untuk musim 1448H/2027M.

Menurut TH, keputusan itu dapat dicapai menerusi perancangan awal, pengurusan kewangan yang berdisiplin, rundingan dengan penyedia perkhidmatan serta perjanjian jangka panjang yang membantu mengawal kos.

Baca juga: Haji 2027: 33 Syarikat Dilesenkan Sebagai Pengelola Jemaah, Ini Senarai Penuh PJH Sah Untuk Elak ‘Scam’!

SENARAI PENUH KOS HAJI 2027 UNTUK B40, M40 & T20

KOS HAJI 2027

Dalam masa sama, TH meneruskan Bantuan Kewangan Haji (HAFIS)  secara bersasar bagi membantu bakal jemaah daripada kumpulan B40 dan M40.

Bagi musim haji kali ini, kira-kira RM234 juta diperuntukkan untuk HAFIS, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan sejak diperkenalkan pada 2001 melebihi RM2.8 bilion.

B40 bayar RM15,000

Bakal jemaah daripada kumpulan B40 yang menerima bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dikenakan Bayaran Haji sebanyak RM15,000 seorang.

Jumlah itu bersamaan 45 peratus daripada Kos Haji selepas mengambil kira HAFIS berjumlah RM17,300 serta bantuan Kerajaan sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah.

Bagi kumpulan M40 pula, Bayaran Haji ditetapkan pada RM23,500 seorang, dengan HAFIS sebanyak RM9,800 iaitu 29 peratus daripada keseluruhan Kos Haji.

Kos haji untuk jemaah T20 

Sementara itu, bakal jemaah T20 dengan pendapatan individu sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan perlu membayar **Kos Haji penuh sebanyak RM33,300 seorang.

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, kedudukan kewangan institusi yang semakin kukuh membolehkan TH mengekalkan Kos Haji sambil meneruskan bantuan kewangan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah.

Katanya, pengurusan kewangan yang berhemah, pengurusan risiko serta usaha memperkukuh tadbir urus secara berterusan menjadi antara faktor yang menyokong kemampuan berkenaan.

Tambahnya, kekuatan kewangan TH perlu diurus dengan mengambil kira kepentingan jemaah pada masa kini serta jutaan pendeposit yang masih membuat simpanan untuk menunaikan haji pada masa akan datang.

Hampir 90% kos berkait penginapan, penerbangan dan perkhidmatan

KOS HAJI 2027

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, hampir 90 peratus daripada kos haji melibatkan penginapan, penerbangan serta pelbagai perkhidmatan di Tanah Suci.

Menurutnya, kontrak penerbangan jangka panjang selama lima tahun membantu TH mengurangkan risiko perubahan harga penerbangan dan pada masa sama mengawal kos yang perlu ditanggung jemaah.

“TH berjaya mengekalkan kos haji dengan mengekang kenaikan kos penerbangan melalui kontrak jangka panjang selama lima tahun bagi mengawal risiko ketidaktentuan harga demi kepentingan jemaah. Cabaran besar kini adalah peningkatan harga dan kos pembekalan minyak susulan konflik Timur Tengah,” katanya.

TH turut berjaya mendapatkan kadar sewaan bagi hotel baharu yang lebih berkualiti menerusi rundingan secara terus.

Langkah itu membantu mengimbangi kenaikan kos akibat inflasi serta pertambahan harga bagi perkhidmatan dan kemudahan baharu yang disediakan di Tanah Suci.

Bagi musim haji 1448H/2027M, Arab Saudi menetapkan kuota rasmi seramai 31,600 jemaah haji Malaysia. Surat tawaran haji kepada bakal jemaah akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 21 September 2026.

Bakal jemaah yang berharap menerima tawaran perlu memastikan simpanan dalam akaun TH sekurang-kurangnya RM15,000, selain memenuhi syarat pemeriksaan kesihatan.

Bagi membantu bakal jemaah membuat persiapan dari segi ilmu, Kursus Asas Haji (KAH) juga akan bermula pada 25 September 2026 di lebih 200 masjid di seluruh negara.

Baca juga: “Ingatkan Paip Bocor”– Bil Makin Mencanak, Rupanya Wanita Rohingya Guna Air Kedai Basuh Pakaian!

Sumber: Tabung Haji

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×