Usahawan Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin bin Kamarulzaman meluahkan rasa sedih selepas usaha serta perkembangan perniagaannya menerima kritikan dan sentimen negatif daripada segelintir pihak.
Menerusi satu perkongsian, beliau berkata, golongan usahawan tempatan seharusnya diberikan ruang untuk berkembang seperti usahawan dari negara lain yang berjaya mengembangkan perniagaan masing-masing.
USAHAWAN KHAIRUL AMING LUAH KECEWA DIKECAM
“Sejujurnya sedih la camni. usahawan negara lain maju berniaga tapi bila kita yang tempatan nak buat jadi serba tak kena. Kita nak usahawan tempatan grow ke depan tapi dalam masa yang sama sentimen kapitalis yang diletakkan.
“Hasil perniagaan ini untuk semua. pekerja, supplier, vendor, abang courier, customers, cukai negara, pungutan zakat, semuanya dapat benefit.
“Segala ilmu yang dapat saya turunkan kepada semua untuk sama2 belajar. Kalau dengan saya berniaga ni sakitkan hati anda, saya mintak maaf,” luahnya.

Perkongsian berkenaan dipercayai dibuat susulan timbulnya kritikan terhadap perkembangan perniagaan Khairul Aming yang dikaitkan dengan projek atau kerjasama bersama pihak yang mempunyai kedudukan kewangan kukuh.
Dalam pada itu, terdapat warganet yang menyifatkan perkembangan tersebut sebagai contoh bagaimana perniagaan kini semakin dipengaruhi pendekatan kapitalis.
Antara komen yang diberikan turut mempersoalkan sama ada langkah tersebut benar-benar memberi manfaat kepada golongan biasa, selain mencadangkan supaya Khairul Aming memberi tumpuan kepada pengembangan cawangan perniagaannya sendiri.
Komen negatif warganet
“Yang kaya tetap kaya, yang miskin, tetap kayakan yang miskin. You know KA dah beralih ke game full-on capitalist when this kind of project now diketengahkan.
“To me, better KA focus buka cawangan Rembayung kedua. Itu yang aku rasa lagi boleh dapatkan support yang win win dari bergabung dengan si kaya raya.
“He is true capitalist at heart. He is not wrong, he is just who he is. Orang yang taksub tu masalah nya,” tulis pengguna media sosial.

Namun begitu, Khairul Aming menjelaskan bahawa aktiviti perniagaan bukan hanya memberi manfaat kepada pemilik syarikat, sebaliknya turut melibatkan pelbagai pihak dalam rantaian ekonomi.
Dia turut menegaskan bahawa ilmu serta pengalaman yang diperoleh sepanjang mengusahakan perniagaan akan terus dikongsikan supaya lebih ramai pihak dapat belajar dan berkembang bersama.
Baca juga: “Cer Ambik Gambo” – Ucapan Sultan Perak Ketika Di MAHA Cuit Hari Rakyat, Pekat Betul Loghat Tuanku!
Sumber: Threads Khairul Aming
