Euforia Bola 2026
Dapur

Tak Perlu Tunggu Lama, Ini Cara Defrost Ayam Frozen Dalam 10 Minit! Hanya Perlukan 1 Bahan

AYAM FROZEN

Ayam frozen sememangnya menjadi pilihan ramai untuk disimpan sebagai stok di rumah kerana lebih praktikal dan boleh dimasak pada bila-bila masa. Namun, proses mencairkan ayam yang beku kadangkala mengambil masa, terutama apabila perlu segera menyediakan hidangan.

Baca juga: Cekodok Pisang Lebih Garing Di Luar Guna Tepung Beras, Ini Sukatan & Orang Ada Gastrik Boleh Makan!

TEKNIK DEFROST AYAM FROZEN HANYA 10 MINIT

AYAM FROZEN

Ada yang memilih untuk merendam ayam dalam air paip atau membiarkannya pada suhu bilik. Kaedah ini bagaimanapun memerlukan sedikit masa dan bagi sesetengah orang, penggunaan air yang banyak ketika mencairkan ayam juga dianggap membazir.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di media sosial mengenai cara mudah mencairkan ayam beku dalam tempoh kira-kira 10 minit dengan menggunakan garam.

Menurut perkongsian tersebut, kaedah berkenaan dikatakan dapat membantu melembutkan ayam dengan lebih cepat sebelum dimasak.

Bagi yang mahu mencuba, perkongsian tersebut mencadangkan penggunaan bekas atau periuk yang diperbuat daripada stainless steel atau aluminium.

Berikut merupakan langkah yang dikongsikan:

1. Masukkan ayam yang masih beku ke dalam bekas atau periuk stainless steel atau aluminium.

2. Taburkan kira-kira tiga sudu besar garam atau tuangkan sekitar suku cawan garam ke atas ayam.

3. Masukkan air paip sehingga keseluruhan ayam tenggelam.

4. Tutup bekas tersebut dan biarkan selama kira-kira 10 minit.

Selepas tempoh tersebut, ayam dikatakan sudah lebih lembut dan mudah untuk dikendalikan bagi tujuan memasak.

Kaedah ini juga dilihat ringkas kerana hanya memerlukan bahan yang biasanya memang sudah tersedia di dapur, iaitu garam dan air paip.

Dikatakan ayam lebih lembut & juicy

AYAM FROZEN

Kredit: Magnific

Selain membantu mempercepatkan proses mencairkan ayam beku, perkongsian tersebut turut mendakwa penggunaan garam ketika proses defrost dapat memberikan tekstur ayam yang lebih lembut.

Ayam juga dikatakan menjadi lebih juicy apabila digoreng selepas melalui proses tersebut.

Jika ayam yang digunakan bersaiz besar atau mempunyai ketulan yang tebal, tempoh untuk mencairkannya mungkin turut berbeza dan tidak semestinya hanya mengambil masa 10 minit.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian warganet yang berkongsi pengalaman menggunakan kaedah sama.

Seorang pengguna media sosial berkata, dia sudah mula mencuba kaedah tersebut kerana sebelum ini sering menggunakan air paip dalam tempoh yang lebih lama untuk mencairkan ayam.

Walaupun terdapat pelbagai petua untuk mempercepatkan proses mencairkan ayam beku, aspek keselamatan makanan tetap perlu diberi perhatian.

Ayam mentah mudah terdedah kepada pencemaran bakteria sekiranya dikendalikan atau dibiarkan dalam keadaan yang tidak sesuai untuk tempoh terlalu lama.

Selepas ayam dicairkan, pastikan ia dikendalikan dengan bersih dan dimasak sehingga betul-betul masak. Elakkan membiarkan ayam mentah terlalu lama pada suhu bilik.

Baca juga: “Macam Bulu Ketiak Suami” – Kek Bulu Viral Di Negara Jiran, Kini Muncul Pula Di Malaysia…

Sumber: Facebook Efa Azlifah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×